Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ayam, Kucing Habis Dimandi...

KUALA TERENGGANU - “Tidak kisah pandangan orang, paling penting aktiviti memandikan haiwan ini...

VIDEO: Lelaki Meraung Lepas...

VIDEO lelaki yang bertindak meletakkan 'sekumpulan' kerengga di bahagian sulitnya ini sudah menjadi viral...

Neelofa, PU Riz Bernikah...

KUALA LUMPUR - Pengacara popular Neelofa dikhabarkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan pendakwah...

SukaGuam Tidak Setuju Anwar...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam sukarelawan berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya...

Atlet Wanita Paling Cantik Dalam Arena Sukan

UNGKAPAN ‘Beauty with brain’ sering kali dikaitkan dengan wanita-wanita berkecimpung dalam arena peragaan dan ratu cantik. Bagaimana pula dengan istilah ‘Beauty with talent’.

Tahukah anda bahawa ramai dalam kalangan ahli sukan wanita atau atlet yang dianugerahkan dengan rupa paras dan bentuk badan persis seorang model.

Jom kenali atlet-atlet wanita yang mendominasi arena sukan dengan kecantikan dan bakat yang dimiliki mereka.

1. Allison Stokke

Atlet Wanita Paling Cantik Dalam Arena Sukan

Gadis berusia 28 tahun dari California ini merupakan bintang lompat galah. Bukan sahaja berbakat dalam bidang sukan namun Stokke juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana dari Cal Berkeley.

Kecantikan susuk badan yang dimiliki oleh Stokke adalah daripada hasil usahanya berlatih dan berpenat lelah di gym menjadikannya kelihatan menawan ketika beraksi di atas trek.

2. Antonija Misura

Atlet Wanita Paling Cantik Dalam Arena Sukan

Misura merupakan bintang bola keranjang Croatia. Selain aktif bersukan, gadis ini juga terkenal dengan jolokan atlet wanita paling cantik di negara itu.

Antara perlawanan bola keranjang yang pernah disertai oleh Misura adalah seperti 2009 Mediterranean Games, EuroBasket Women 2011, 2012 Olympics dan EuroBasket Women 2013.

Kecantikan Misura berjaya dirakam ketika menyertai sukan Olimpik di London 2012.

3. Maria Sharapova

Atlet Wanita Paling Cantik Dalam Arena Sukan

Gadis berambut perang ini tidak asing lagi dalam sukan tenis. Ketangkasan dan kelincahan dalam sukan itu memang tiada tandingan. Selain berbakat di ‘pentas’ sukan, Sharapova juga terkenal dengan kecantikan yang dimilikinya.

Malah dia juga dikatakan sebagai seorang atlet wanita yang mempunyai citarasa fesyen yang baik di samping memiliki personaliti yang ceria.

4. Leryn Franco

Atlet Wanita Paling Cantik Dalam Arena Sukan

Dia merupakan atlet lontar lembing dan juga model Paraguay. Selain melontar lembing, Franco juga mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan kecantikan.

Bakat, senyuman dan penampilan yang menawan Franco telah berjaya memenangi hati ramai pihak. Malah dia juga pernah dinobatkan sebagai atlet wanita yang mendapat pencarian tertinggi semasa temasya Olimpik Beijing 2008 dan kedua tertinggi dalam semua kalangan atlet wanita menerusi carian Google.

5. Roxy Louw

Atlet Wanita Paling Cantik Dalam Arena Sukan

Roxy merupakan gadis luncur air berasal dari Cape Town, Afrika Selatan yang juga merupakan model jenama Oakley.

Saelain menjadi ikon luncur air dan model, Roxy juga bergelar pelakon dan pernah tercalon dalam 100 wanita paling seksi di dunia menerusi FHM Magazine.


6. Ronda Rousey

Atlet Wanita Paling Cantik Dalam Arena Sukan

Cantik bukan sebarang cantik tapi cantik wanita bernama Ronda Rousy ini hebat dalam seni mempertahankan diri. Pernah dinobatkan sebagai pejuang MMA wanita terbaik selain bergelar model.

Malah dia juga merupakan pemegang pingat gangsa menerusi seni judo di Olimpik Beijing.

7. Alana Blanchard

Atlet Wanita Paling Cantik Dalam Arena Sukan

Selain Ronda Rousey, seorang lagi atlet luncur air wanita iaitu Alana Blanchard turut mencuri perhatian dunia dengan kecantikan yang dimilikinya.

Wanita kelahiran Hawaii ini juga pernah dinobatkan sebagai peluncur air paling popular oleh Surfer Magazine.

8. Destinee Hooker

Atlet Wanita Paling Cantik Dalam Arena Sukan

Destinee merupakan pemain bola tampar Amerika dan juga ahli Pasukan Kebangsaan Bola Tampar Wanita AS.

Gadis yang memiliki ketinggian 1.93 meter ini aktif dalam sukan tersebut sama ada di peringkat kolej mahupun negara.

Selain terkenal dengan kecantikan yang dimiliki, dia juga diiktiraf antara pemain bola tampar wanita terbaik dunia.

9. Blair O’Neal

Atlet Wanita Paling Cantik Dalam Arena Sukan

O’Neal merupakan pemain golf profesional wanita dari Arizona. Dia pernah dinobatkan sebagai Pemain Golf Wanita Paling Cantik oleh Golf Magazine.

Selain itu, O’Neal juga mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang peragaan.

10. Christina Vukicevic

Atlet Wanita Paling Cantik Dalam Arena Sukan

Gadis kelahiran Norway ini merupakan atlet sukan lari berpagar. Selain berjaya memenangi beberapa pingat menerusi acara sukan di sekitar Eropah, dia juga berjaya mencuri hati ramai jejaka.

Malah kecantikan yang dimiliki oleh Vukicevic disifatkan oleg segelintir lelaki adalah kecantikan yang sukar ditemui pada mana-mana wanita lain. – MYNEWSHUB.CC

Kategori