• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asmidar Tak Kisah Terpaksa Ulang-Alik KL-Jakarta

oleh Ahmad Albab
02/02/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Asmidar memberitahu dia kini sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Jakarta, Indonesia dalam usaha mengembangkan karier seninya di negara jiran itu.

Asmidar atau Norhasmidar Ahmad, 31, berkata, walaupun gagal menjuarai program D’Academy Asia 2 yang berlangsung baru-baru ini namun dia bersyukur kerana mula mendapat perhatian daripada peminat di negara itu.

“Alhamdulillah rezeki di Indonesia mula bertambah sejak saya menyertai D’Academy Asia 2 dan kini sering berulang-alik ke sana untuk memenuhi undangan nyanyian.

“Saya pun tak sangka dapat penerimaan yang baik dikalangan peminat di sana walaupun sekadar menempatkan diri 12 terbaik sahaja pada pertandingan itu.

“Walaupun terpaksa berulang-alik tetapi tidak mengapa kerana ini adalah rezeki yang tak patut saya sia-siakan,” katanya kepada mStar Online.

Selain Asmidar, antara peserta lain dari Malaysia yang turut menyertai program berkenaan adalah Zizi Kirana, Syura Badron, Elda Susanti dan Jiwa Firdaus.

Peserta dari Indonesia iaitu Weni dipilih sebagai juara pada pertandingan akhir yang diadakan pada 30 Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, Asmidar berkata, selain memenuhi undangan persembahan dia juga sedang mengintai peluang lain dalam memperkukuhkan lagi namanya di negara itu walaupun sedar ia bukan kerja mudah.

Namun kata Asmidar, dia yakin dengan perancangan yang betul usahanya nanti pasti akan membuahkan hasil asalkan dia tidak mudah berputus asa dan bekerja keras.

“Persaingan memang sengit di sana tetapi berbekalkan sedikit perhatian yang saya dapat dari D’Academy Asia 2 Insya-Allah ia memberi sedikit jalan kepada saya.

“Paling penting sekarang adalah perancangan yang betul selain saya perlu bekerja keras.

“Kesempatan mengadakan persembahan di sana, saya turut ambil kesempatan untuk menambah kenalan selain bertemu dengan pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Asmidar berkata, dia kini sedang dalam proses menyiapkan single terbaharunya yang dijangka dilancarkan pada Mac depan dan berharap ia turut dipasarkan di Indonesia. – mStar Online

Tags: AsmidarD'Academy Asia 2Indonesiapenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd