• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, January 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Anggota Kumpulan Ajaran Sesat Didakwa Hina JAIS

oleh Ahmad Albab
28/02/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGI – Empat anggota kumpulan ajaran sesat Hizbut Tahrir Malaysia didakwa di Mahkamah Syariah Hulu Langat di sini, hari ini atas pertuduhan menghina dan bersubahat menghina pihak berkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), berhubung fahaman dan ajaran kumpulan itu.

Abdul Hakim @ Ramizu Othman, 47, Wan Noorul Hisham Wan Salleh, 33, Hishamudin Ibrahim, 45, dan Sofian Jahir, 47, yang kesemuanya bekerja sendiri, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Firdaus Mohed.

Abdul Hakim merupakan jurucakap rasmi Hizbut Tahrir manakala Wan Noorul Hisham merupakan anggota pimpinan pusat kumpulan itu.

Abdul Hakim didakwa melanggar arahan Mufti Selangor yang dinyatakan melalui fatwa bertarikh 17 Sept 2015, iaitu fatwa kedudukan Hizbut Tahrir (2)(f) dengan cara mengadakan majlis sidang media yang disifatkan menghina pihak berkuasa agama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah premis di Jalan 7/7A, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, di sini pada 3.30 petang 4 Dis 2015 mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Wan Noorul Hisham, Hishamudin dan Sofian pula didakwa bersubahat dengan Abdul Hakim untuk melakukan kesalahan serupa pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 46(b) yang memperuntukkan hukuman sama.

Ketua Pendakwa Syarie JAIS, Abdul Syukor Abdul Hamid menawarkan wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin pemastautin tetap Selangor bagi setiap tertuduh.

Hakim Syarie Mohamad Firdaus membenarkan kesemua tertuduh itu, yang tidak diwakili peguam, supaya masing-masing diikat jamin dengan jaminan lisan RM2,000 dengan seorang penjamin yang bermastautin tetap di Selangor dan menetapkan 16 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Jaminan lisan bermaksud tertuduh hanya perlu membayar jaminan itu jika mereka tidak hadir pada tarikh sebutan akan datang.

Hizbut Tahrir diasaskan pada 1953 di Al Quds (Baitul Maqdis), Palestin dan Hizbut Tahrir Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1990-an.

Pada April 2016, Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata jabatan itu giat membanteras lima ajaran yang difatwa sebagai sesat bagi menghalang penularannya dalam kalangan umat Islam di Selangor.

Lima ajaran sesat itu adalah fahaman Syiah, Millah Abraham, Qadiani, Hizbut Tahrir dan Liberalisme. – BERNAMA

Tags: Ajaran SesatJAIS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

03/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 14 ajaran difatwakan sesat dikesan masih aktif di negara ini, dengan semuanya berada dalam pemantauan pihak berkuasa....

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

Isu 80 Murid Tak Dapat Duduki UPKK, JAIS Perjelas Punca Sebenar

05/11/2025
0

SHAH ALAM: Pihak pengurusan Sekolah Rendah Islam (SRI) al-Afsari di Saujana Putra di Kuala Langat yang 80 muridnya tidak dapat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd