• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Suspek Wanita Kes Bunuh Jong-nam Didakwa Esok

oleh Ahmad Albab
01/03/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Dua suspek wanita yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, akan didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, dekat sini, esok.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menerusi mesej aplikasi WhatsApp mengesahkan bahawa dua wanita asing itu akan dihadapkan di mahkamah pagi esok bagi menghadapi tuduhan.

Polis menahan suspek wanita pertama, Doan Thi Huong, 29, seorang warga Vietnam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sehari selepas kejadian manakala warga Indonesia, Siti Aishah, 25, ditahan di sebuah hotel di Ampang, Selangor pada 16 Februari lepas.

Kedua-dua wanita itu ditahan reman selama 14 hari mulai 16 Februari lepas bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan Jong-nam di klia2 pada 13 Feb lepas dan tempoh reman mereka berakhir esok.

Jong-nam, yang merupakan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, berada di klia2 untuk penerbangan ke Macau apabila dua wanita didakwa menyapu muka mangsa dengan tangan mereka yang dipercayai telah disembur bahan beracun.

Jong-nam, yang memasuki negara ini dengan menggunakan pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Analisis Jabatan Kimia mendapati agen saraf VX digunakan untuk membunuh mangsa.

Sementara itu, pengamal media tempatan dan antarabangsa menunggu di Mahkamah Sepang dan ibu pejabat polis daerah Sepang sejak pukul 8 pagi ini bagi mendapatkan maklumat terkini dan sama ada suspek wanita berkenaan akan didakwa. – BERNAMA

Tags: Kes Bunuh Jong-NamSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd