• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian 2 Remaja

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes dua remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditemui mati di dalam sebuah kereta di Kampung Panchor, Kemumin di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa itu dipercayai berada bersama-sama dengan tiga lagi rakan mereka sebelum ditemui mati.

Katanya, berdasarkan maklumat ayah kepada seorang mangsa, polis menahan dua rakan mangsa, masing-masing berusia 19 tahun pada Selasa dan sedang mengesan seorang lagi berusia 20-an.

Sebelum kejadian, ayah mangsa itu ternampak kelibat rakan-rakan anaknya itu di kawasan berkenaan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, setakat ini, polis masih mengklasifikasikan kes terbabit sebagai mati mengejut dan kematian disebabkan strok haba atau kepanasan melampau dalam kenderaan, berdasarkan pengesahan pakar perubatan.

Isnin lepas, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat dua remaja tersebut daripada orang awam, dalam kereta Perodua Kelisa di hadapan sebuah rumah di Kampung Panchor, Kemumin, pada pukul 5.55 pagi.

Siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan terhadap mangsa, Mohamad Sharul Nizam Hasbullah dari Kampung Gertak Sagu dan Nik Muhammad Hafiz Nik Zamzam dari Kampung Panchor. – BERNAMA

Tags: kematianremaja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd