• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Writ Saman Zuraida Terhadap Jamal Gagal Diserahkan

oleh Ahmad Albab
10/01/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini dimaklumkan bahawa writ saman difailkan Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos gagal diserahkan kepada Jamal sehingga hari ini.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Zuraida memberitahu pemberita sehubungan itu hakim S. Nantha Balan menetapkan 16 Jan untuk pengurusan kes selepas dimaklumkan bahawa writ saman itu gagal diserahkan kepada Jamal selaku defendan di dalam kes berkenaan.

“Pihak kami telah berusaha untuk menyerahkan writ saman kepada defendan di kediamannya termasuk pejabatnya tetapi masih gagal,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar hakim.

Beliau berkata pihaknya akan memfailkan permohonan penyampaian ganti sama ada menggunakan ruang iklan di dalam akhbar, meletakkan writ saman itu di papan kenyataan mahkamah atau menghantar melalui pos satu salinan writ saman ke alamat defendan.

Pada 17 Nov tahun lepas, Zuraida memfailkan saman fitnah itu dengan menamakan Jamal yang juga Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia atas dakwaan mengeluarkan perkataan fitnah terhadapnya berhubung insiden pukul di sebuah pusat beli-belah di Ampang.

Zuraida mendakwa perkataan fitnah itu telah diterbitkan secara meluas melalui media cetak dan elektronik serta portal berita online termasuk Berita Harian, Utusan Malaysia, Malaysiakini, Buletin Utama TV3 dan Astro Awani.

Zuraida juga mendakwa akibat penerbitan perkataan fitnah itu, reputasinya sebagai Anggota Parlimen telah terjejas kerana beliau merupakan seorang tokoh awam yang dikenali ramai. – BERNAMA

Tags: Jamal Md Yunossaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Jamal Md Yunos mengkritik kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd