• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
ADUN DAP Saran Penternakan Babi Dibenarkan Di Selangor, Jamal Tegur ‘Jangan Bersikap Seperti Babi’
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Selangor, Jamal Md Yunos mengkritik kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penternakan babi di negeri itu.

Menurut Jamal, sebagai wakil rakyat di Selangor, Siew Ki seharusnya menjunjung titah Sultan Selangor dan bukan mengambil sikap biadap dengan menyanggah perkara tersebut.

Beliau menegaskan bahawa titah berkenaan disifatkan sebagai langkah bijaksana yang mengambil kira pelbagai aspek termasuk keperluan masyarakat, pencemaran alam sekitar serta faktor kesihatan.

“Apa yang dititahkan Tuanku sebelum ini adalah satu langkah yang bijaksana dan mengambil kira segala aspek dari segi keperluan, pencemaran alam sekitar dan juga faktor kesihatan.

“Tuanku tidak pernah menyekat hak bangsa bukan Melayu-Islam untuk makan babi. Meskipun Baginda mengarahkan supaya penternakan babi ditutup, Baginda tidak pernah melarang untuk mengimport daging babi dari luar negara untuk memenuhi keperluan bangsa lain di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Siew Ki sebagai tidak wajar dan menggesa semua pihak, khususnya wakil rakyat agar menghormati institusi diraja serta menjunjung prinsip Raja Berperlembagaan.

“Kepada ADUN Seri Kembangan, sekali lagi pesan saya janganlah bersikap seperti babi yang menyondol apa sahaja demi kepentingan diri,” katanya.

Media hari ini melaporkan, Siew Ki memohon pertimbangan supaya penternakan babi dibenarkan di Selangor kerana babi tidak sepatutnya dibezakan dengan penternakan haiwan lain kerana haiwan lain juga menghasilkan risiko pencemaran dan kesihatan yang sama.

“Mengenai isu penternakan babi, dalam titah ucapan Tuanku, Seri Kembangan memohon ‘Ampun Tuanku’ menyembah bahawa isu ini menyentuh hak kesamarataan warganegara yang terjamin di bawah Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Penternakan babi tidak seharusnya dibezakan dengan penternakan haiwan yang lain. Risiko pencemaran, aspek kebersihan serta kesihatan dalam penternakan babi adalah sama seperti penternakan haiwan lain,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)

Siew Ki mendakwa, isu babi telah dijadikan sebagai isu politik yang dimainkan pelbagai pihak termasuk ahli politik. – MYNEWSHUB

Tags: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri KembanganbabiJamal Md YunosPengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) SelangorPenternakanSultan SelangorTitahWong Siew Ki
Share214Tweet134SendShare

Related Posts

Raja-Raja Melayu Titah Pihak Luar Jangan Campuri Krisis Takhta Negeri Sembilan

Raja-Raja Melayu Titah Pihak Luar Jangan Campuri Krisis Takhta Negeri Sembilan

14/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja-Raja Melayu menyeru semua pihak yang terlibat dalam pertikaian takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan agar mengutamakan...

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

Perjanjian Pembentukan Kerajaan Perpaduan Hanya Sehingga PRU-16 – Asyraf Wajdi

21/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dimeterai pada 22 November 2022...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd