• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wow! Baru Aje 19 Tahun Dah Ada ‘Empat’ Bini

oleh AK-47
12/01/2017
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Lelaki di luar sana pastinya cemburu dengan remaja ini apabila mendakwa mempunyai empat isteri walaupun baru berusia 19 tahun.

Tentu timbul persoalan mengenai rahsia kehebatannya sehingga boleh memperisterikan empat wanita dalam usia yang begitu muda.

Menerusi sebuah video yang menjadi tular di media sosial, remaja ini diwawancara oleh seorang lelaki yang dipercayai wakil sebuah produk dikenali sebagai Amirna Pills.

Remaja yang dikenali sebagai Ikhwan itu memperkenalkan empat isterinya yang kelihatan muda dan hampir seusia dengannya.

BACA:

IMAM BUKHARI DAN PUSARANYA YANG MEWANGI

Jelasnya, dengan penjualan produk tersebut dia dapat menampung kehidupan mereka sekeluarga dari segi zahir dan batin.

“Dengan hasil produk ini saya dapat menampung dan merapatkan ikatan zahir dan batin antara empat orang isteri ini,” katanya.

Perkongsian video ini menerusi laman sosial menjadi bualan hangat netizen yang menganggap remaja tersebut bertuah kerana sudahlah berkahwin di usia muda ditambah pula bukan seorang tetapi empat isteri sekali gus.

“Dia umur 19 tahun dah kahwin 4. Aku nak kumpul duit wang hantaran untuk kahwin satu pun tersengguk-sengguk. What life!,” tulis Muhammad Adam.

Namun menerusi ruangan komen, Kyra Amirna Pills menjelaskan video tersebut hanyalah sebahagian daripada strategi pemasaran mereka.

“Orang nak cari rezeki, nampak tak mentaliti orang Malaysia? Suka viralkan (tular) benda-benda macam ini sebab itu kami marketingkan (pemasaran) cara macam ini. Laju jer viral tengok,” tulisnya.

Nyata, perkongsian video ini mendapat kritikan netizen yang menganggap cara pemasaran yang ‘kotor’, menipu dan tidak bijak kerana seperti mempergunakan remaja belasan tahun.

“Kesian budak-budak yang dipergunakan itu blur jer, nanti matang sikit pasti malu terutamanya perempuan, bodoh punya marketing,” tulus Dora D Amin.

“Melampau betul marketing strategy dia nak cari stokis, agent dropship bagai. Budak ni kahwin empat ker tidak, Wallahualam. Hish, guna cara lain lah. Bukan sebab isu kahwin 4, tapi sebab nampak desperate sangat nak menjual. Marketlah produk anda secara bijak dan ada nilai, ” tulis Nabilah Zaki.

Bagaimanapun, video tersebut mendapat tontonan hampir 287 ribu dengan dikongsi lebih 3,143 kali di media sosial sejak dimuat naik di laman Facebook produk tersebut.

Jelas, video tersebut mendapat perhatian netizen walaupun ianya hanyalah salah satu strategi pemasaran dengan gaya penyampaian berbeza berbanding produk-produk kesihatan lain. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kahwin mudaprodukremajastrategi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Budak Dirogol, Dikubur Hidup-Hidup Dalam Lumpur

Next Post

JSJN Selangor Lupuskan Dadah Bernilai RM2.1 Juta

Related Posts

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

Remaja Dakwa Jadi Mangsa Amang Seksual Pendakwah Selebriti

13/07/2025
0

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mendedahkan satu kes amang seksual yang didakwa membabitkan...

Remaja Dipercayai Pukul Warga Emas Dengan Cota Hingga Maut

Remaja Dipercayai Pukul Warga Emas Dengan Cota Hingga Maut

20/06/2025
0

Tanah Merah: Lelaki warga emas maut dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota di Kampung Buloh, Ipoh, di sini, semalam. Mangsa,...

Next Post

JSJN Selangor Lupuskan Dadah Bernilai RM2.1 Juta

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd