Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bidang Sains Pertanian: UPM...

KUALA LUMPUR - Universiti Putra Malaysia (UPM) disenaraikan pada kedudukan ke-54 terbaik di...

MH370: Kapal GO Phoenix...

SYDNEY - Misi mencari pesawat MH370 diteruskan semula hari ini di kawasan terpencil...

Ulat Teksi Guna Tonto...

SEPANG - Ulat teksi yang beroperasi secara haram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala...

Laut Bergelora, Kembung Kurang,...

KEMAMAN - Kekurangan ikan kembung di jeti pendaratan di seluruh negara menyebabkan harganya...

Imam Bukhari Dan Pusaranya Yang Mewangi

“ Apa juga yang dibawakan kepada kamu oleh Rasul maka hendaklah kamu mengambilnya dan apa juga yang Rasul menegah kamu hendaklah kamu menjauhinya “ (Surah Al-Hasyr: 7)

Selepas Al-Quran, hadis adalah sumber rujukan kedua umat Islam. Hadis adalah perkara yang berkisar tentang sunah Rasul SAW dan apa yang disandarkan kepada baginda dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya.

Apabila membicarakan tentang hadis, tokoh paling utama yang selalu menjadi rujukan umat Islam adalah Imam al-Bukhari. Beliau terkenal sebagai perawi hadis-hadis sahih yang kemudiannya dikumpul dalam kitabnya, Sahih Bukhari.

Biarpun kita selalu mendengar dan menyebut nama tokoh ini, sebahagian besar umat Islam masih belum mengenali secara terperinci siapakah individu yang telah memberi sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam sehinggakan manfaatnya dapat kita nikmati sehingga sekarang.

Beliau benar-benar mahir dan pakar dalam bidang hadis sehingga digelar ‘orang mukmin dalam hadis’.

Beliau mengambil masa yang agak lama menyiapkan kitab ini. Sebanyak 600,000 hadis yang dikumpulkannya. Setiap hadis yang dimasukkan ke dalam Sahihnya telah diyakini sahihnya dan Imam Bukhari terlebih dahulu beristikharah dengan solat dua rakaat.

Imam Bukhari juga bangun 21 kali pada waktu malam untuk menulis hadis. Beliau juga terkenal dengan insan yang sangat bertimbangrasa di mana beliau tidak mengejutkan jurutulisnya ketika bangun mentakhrij hadis pada waktu tengah malam.

Mengikut sejarah, sejak kelahirannya, Imam Al-Bukhari tidak memiliki daya penglihatan, sehinggalah beliau berusia dua tahun. Apabila mencapai usia enam tahun, beliau mampu menghafaz seluruh kitab suci al-Quran dan ulama besar ini menetap di Arab Saudi selepas menunaikan ibadah haji ketika berusia 16 tahun bagi mengumpul dan menyusun hadis mengikut urutan asalnya.

Imam Al-Bukhari mengambil masa 40 tahun untuk mengumpul hadis dan setelah urusan ini selesai, beliau kembali ke Uzbekistan untuk mengajar di madrasah. Ulama hadis ini kemudian membawa diri ke perkampungan Khartang dan menghembuskan nafas terakhir di sana pada tahun 256Hijrah, bersamaan 870 Masehi.

Mengikut penduduk kampung, selepas beliau dimasukkan ke liang lahad di Khartang, seluruh kampung itu harum dengan bau kasturi untuk beberapa lama dan pada waktu malam, sekitar kawasan kubur beliau diterangi cahaya!

img_0539

Sehingga kini, beribu pelawat, termasuk bukan Islam dari seluruh dunia, menziarahi makam ulama hadis terkenal Imam Al-Bukhari di Khartang.


Bangunan berbentuk empat segi berhiaskan arca di kawasan asal makam Imam Al-Bukhari yang ada sekarang telah dibina oleh kerajaan Uzbekistan pada 1997 dengan pembiayaan kerajaan Iran. Ia dibina 1,225 tahun selepas kematian Imam Al-Bukhari.

Kompleks itu dibina selepas Uzbekistan mencapai kemerdekaan daripada Soviet Union pada 1991, yang sebelum itu mengharamkan umat Islam menunaikan solat di masjid dan menziarahi kawasan perkuburan. Kompleks Imam Al-Bukhari, yang menggunakan seni bina Uzbekistan, dirasmikan pembukaannya pada 23 Oktober 1998.

Jika anda ingin menziarahi makam tersebut sekaligus menghayati perjuangan Imam Bukhari dalam mengumpul hadis-hadis ini, Mynewshub ada menyediakan pakej istimewa ke Uzbekistan selama 8 hari 6 malam dari 15 hingga 22 Mac ini dengan harga serendah RM5,380 seorang!

sister_city_image-1

Yang pasti, selain makam Imam Bukhari, mereka juga akan membawa anda ke banyak tempat-tempat menarik di sana . Antaranya, ke Ismael Samani Mousoleum-Vault of Bukhara rules dynasty , Chashma – Ayub mausoleum, Bolo – hauz komplek dan Registan Ark Fortress, ke kompleks senibina Poi-Kalyan termasuk Menara Kalyan, ziarah khas ke Madrasah Mir Arab yang dibuka seawal kurun ke 16 dan menjadi pusat pengajian yang mengeluarkan ribuan Ilmuan Islam.

Emir-Alim-Khan Madrassah, Trading Domes, Madrassah, Masjid Magok-i-Attari dan juga melawat Lyad-i-Hauz Kukeldash.

Uzbekistan_UK-UA4WHX_Tourist-Attractions_DX-News

Lawatan kemudian diteruskan ke Gur-Emir mausoleum dan juga ke kompleks Senibina Registan,(Ulugbek, ShirDor, Madrasah Tillya-Kori), Masjid BibiKhanum dan banyak lagi kalau nak diperincikan satu persatu!

Jika berminat, hubungilah wakil kami, Azlan di talian 012-3335737.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Kategori