Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Sebanyak 545 kg pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM2.1 juta dilupuskan dengan cara pembakaran oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor (JSJNS) di sebuah kawasan pelupusan di Rawang dekat sini, hari ini.

Timbalan JSJNS Supt R. Sundralingam berkata dadah yang dilupuskan melibatkan 3,053 kes dari tahun 1997 hingga tahun 2014 yang sudah selesai proses perbicaraan dan rayuan di mahkamah.

“Dadah yang dilupuskan terdiri daripada kanabis, heroin, syabu, ketamine, pil ekstasi, pil kuda dan lain-lain dadah berbahaya mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun yang telah selesai perbicaraan dan jatuh hukum.

Kesemua barang-barang kes ini melibatkan seluruh daerah di kontijen negeri Selangor,” katanya kepada pemberita selepas pelupusan dadah itu dilaksanakan.

Kata beliau lagi, pelupusan dadah itu merupakan fasa pertama untuk tahun ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...