Sample Page Title

LAGI kisah pembunuhan sadis dan menyayat hati dari negara seberang, Indonesia.

Kali ini menimpa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang dipercayai dirogol lalu ditanam secara hidup-hidup di sebuah sungai berlumpur, di Kompleks Kokoda, Kilometer 8, Kota Sorong, Papua Barat.

Mayat kanak-kanak malang bernama Kasia Mamangsa dilaporkan ditemui tertanam dalam lumpur dengan keadaan tangannya diikat, kira-kira jam 2.30 petang, pada Selasa.

Mayat mangsa kemudian dikeluarkan  dari sungai berlumpur itu oleh pihak polis dengan bantuan penduduk tempatan.

Menurut laporan Harian Papua, kanak-kanak itu sebelum dibunuh dipercayai telah diperkosa berdasalkan kesan pendarahan di bahagian kemaluan korban.

Susulan itu, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kota Sorong untuk bedah siasat.


1 (1)

Terdahulu, mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah menyebabkan ibu mangsa, Yuli berusaha mencarinya namun gagal. Namun, kakak mangsa, Grece dikatakan sempat melihat mangsa dibawa oleh seorang suspek ke kawasan lumpur berkenaan, sebelum menjadi petunjuk utama dalam siasatan tersebut.

4

Sementara itu, pihak polis telah berjaya menahan tiga suspek yang juga merupakan jiran mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...