Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Video: Rawang Julung Kali...

HUJAN lebat sejak jam 10 pagi tadi mengakibatkan beberapa lokasi di sekitar Rawang,...

Bayi Perempuan Baru Lahir...

JOHOR BAHRU - Seorang bayi perempuan dipercayai baharu lahir dijumpai di dalam sebuah...

PAS Cabar G-25 Berdebat...

KUALA LUMPUR - PAS menyelar tindakan kumpulan 25 profesional Melayu (G-52) kerana menghina...

‘Bonda Ratu’ Bebas Dengan...

JASIN - Wanita yang mendakwa dirinya 'Bonda Ratu' bersama suaminya, yang dipercayai merancang...

Hentak Kepala Di Dinding Selepas Ditinggalkan Kekasih

TIDAK dapat menerima penolakan daripada kekasih, seorang lelaki bertindak menghentak kepalanya di lantai dan dinding dalam kejadian di Sulawesi, Indonesia, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Jejaka Buronan Martu di laman Facebook, sebuah video dimuat naik memaparkan seorang lelaki yang menangis dan meghentak kepalanya di hadapan orang ramai.

Perkongsian tersebut menjelaskan lelaki tersebut cuba membunuh diri selepas kesal ditinggalkan kekasihnya.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, lelaki yang mengenakan baju berwarna biru kelihatan menangis dan merangkak serta bergolek-golek sebelum menghentak kepalanya di lantai dan kemudian bangun semula meluru ke arah dinding.

Orang ramai yang melihat kejadian tersebut terkejut dengan tindakan lelaki tersebut.

Menerusi ruangan komen, netizen menyelar tindakan lelaki itu yang terlalu mengikut perasaan sehingga sanggup membunuh dirinya hanya kerana ditinggalkan kekasih.

Ada yang menganggap percintaan lelaki tersebut adalah cinta pertamanya sehingga dia bertindak tanpa berfikir dan terlalu mengikut emosi.


Video: Hentak Kepala Di Dinding Selepas Ditinggalkan Kekasih

“Sayang betul dia kat kekasih dia, sanggup dia buat macam itu tak peduli nyawanya, hatinya tak kuat untuk menerima dugaan yang dialami,” tulis Norida.

“Buat apa nak sakitkan badan sendiri, Tuhan bukan nak kau tu rosak ke apa tapi dia nak bagi baik untuk kau,” tulis Melinda Lyn.

Menerusi ruangan komen, beberapa keping gambar lelaki tersebut cedera dan berdarah di bahagian kepala dimuat naik.

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai keadaan lelaki tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori