• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TN50: KDN Diarah Siap Kerangka Dasar Keselamatan

oleh AK-47
21/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah diarah untuk mengambil langkah proaktif bagi menyiapkan kerangka bagi dasar-dasar kementerian itu dari segi aspek keselamatan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50), KDN menerusi majlis pengurusan tertingginya perlu menyiapkan dasar berkenaan untuk jangka tempoh masa yang panjang.

“Kementerian perlu sentiasa berada di luar kepompong pemikiran yang sempit dengan mengambil tindakan secara konvensional dalam menterjemahkan penguatkuasaan menerusi perundangan.

“Penduduk dunia dijangka mencapai 9 bilion pada 2050, dari segi aspek keselamatan ketika itu memperlihatkan bahawa biar pun senjata makin canggih, biar pun penjenayah bersikap ganas namun penguat kuasa khususnya agensi keselamatan harus lebih bersiap siaga dan mempunyai pemikiran serta teknologi yang lebih canggih,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan bersama masyarakat India di Dewan Sanmarka di Hutan Melintang yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penekanan dalam TN50 termasuk dari segi aspek keselamatan.

“Kita mesti berada di suatu garisan yang lebih berbanding dengan kemampuan penjenayah atau pengganas yang melakukan kegiatan yang boleh membawa kebejatan atau kerosakan kepada masyarakat dunia keseluruhannya khususnya di negara ini,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri melancarkan TN50 dengan mengadakan dialog perdana di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) bersama golongan sasar dan belia dari seluruh negara yang memberi imput mengenai aspirasi mereka bagi tempoh 30 tahun akan datang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid HamidiKementerian Dalam NegeriTN50
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

Presiden Zahid Jumpa Pemimpin UMNO Negeri Sembilan Bincang Strategi PRN

28/06/2026
0

SEREMBAN - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama seluruh saf kepimpinan UMNO Negeri Sembilan...

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan Telah Diaktifkan Semula

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pengurusan Pengambilan Pekerja Asing Labuan telah diaktifkan semula oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 8 Mei...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd