• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiong Tarik Balik Saman Fitnah Terhadap Tee Keat

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing hari ini menarik balik saman fitnahnya terhadap bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat berhubung penerbitan sebuah artikel yang disiarkan dalam akhbar New Sunday Times, pada 2009.

Peguam Chan Tse Yuen, yang mewakili Ong ketika ditemui pemberita, berkata Tiong selaku plaintif menarik balik saman itu selepas wartawan yang menulis artikel itu, Joseph Sipalan dalam keterangannya di mahkamah sebelum ini memaklumkan bahawa beliau tidak pernah menemu bual Ong.

Chan berkata Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan sepatutnya memberikan keputusan kes saman itu esok selepas selesai mendengar keterangan tiga orang saksi plaintif termasuk Ong dan defendan.

Katanya, bagaimanapun ketika pengurusan kes itu hari ini di dalam kamar hakim, peguam yang mewakili Tiong, Prem Ramachandran memaklumkan bahawa anak guamnya ingin menarik balik saman berkenaan.

Chan berkata mahkamah kemudian membatalkan saman plaintif tanpa kebebasan untuknya memfailkan saman yang baharu dan turut memerintahkan Tiong membayar kos RM40,000 kepada Ong.

Tiong memfailkan saman itu pada 12 Oktober 2009 dengan menamakan New Straits Times Press (NSTP) Berhad, bekas Ketua Editor kumpulan, Datuk Syed Nadzri Syed Harun, wartawan Joseph Sipalan dan Ong sebagai defendan.

Bagaimanapun, Tiong kemudian menarik balik tuntutannya terhadap NSTP, Syed Nadzri dan Joseph Sipalan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Tiong mendakwa Sipalan, yang ketika itu wartawan NST telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Chua and Tiong in cahoots’ yang disiarkan dalam akhbar New Sunday Times, pada 2009.

Sementara itu, Ong yang hadir di mahkamah hari ini berkata beliau terkejut selepas dimaklumkan pihak plaintif ingin menarik balik saman berkenaan.

“Setelah lapan tahun berdepan urusan tindakan undang-undang ini…ia amat mengejutkan saya, tapi pastinya ia kejutan yang menggembirakan. Saya anggap sebagai hadiah Tahun Baharu Cina,” katanya. – BERNAMA

Tags: MCASaman Fitnah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

MCA Dakwa BN Melaka Ketepikan Semangat Muafakat

25/10/2026
0

KUALA LUMPUR - MCA mendakwa Barisan Nasional (BN) Melaka mengetepikan semangat muafakat apabila membuat keputusan secara unilateral berhubung pengagihan kerusi...

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

Kata Tiada Maklumat, Tapi Boleh Pula Dapat Maklumat Daripada MPT?’ – Ka Siong Persoal KPKT Isu Tiga Gajah DAK

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mempersoalkan jawapan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd