• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taja JDT Sebab Tanggungjawab Korporat – JCorp

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penaja utama kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Corporation (JCorp) menjelaskan syarikat itu menaja kelab JDT disebabkan nilai-nilai komersial yang terdapat pada pasukan tersebut.

Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata, JDT antara pasukan bola sepak terkemuka di Asia yang telah memenangi banyak piala, maka JCorp berbangga menaja JDT.

Kata beliau, tajaan ke atas pasukan JDT itu juga merupakan tanggungjawab sosial korporat JCorp untuk pembangunan sukan di negeri tersebut.

“Merujuk kepada penajaan Johor Corporation terhadap pasukan bola sepak JDT, ia dibuat adalah kerana nilai-nilai komersial yang terdapat di dalam pasukan itu.

“Ini dapat dibuktikan apabila laman sosial media Facebook JDT sendiri iaitu Johor Southern Tigers merupakan laman rasmi pasukan bola sepak terbesar di negara ini.

“Di Facebook misalnya, ia mempunyai lebih 1.7 juta tanda likes manakala di Instagram pula pengikutnya melebihi 450,000 orang dan di Twitter seramai 121,000 pengikut.

“Apatah lagi JDT ialah pasukan kesayangan rakyat Johor sejak kepimpinannya diambil alih oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim,” katanya.

Kenyataan itu disiarkan melalui laman Johor Southern Tigers selepas bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa semalam mendedahkan ada pasukan dalam Liga Malaysia menggunakan paksaan, ugutan, penyelewengan dan titah perintah untuk mendapatkan duit tajaan berbentuk ‘pow’ bagi menguatkan pasukan.

Tegas beliau, pasukan Kelantan tidak pernah menggunakan paksaan, ugutan, penyelewengan dan titah perintah untuk mendapatkan duit tajaan berbentuk `pow’ bagi digunakan terhadap pasukan The Red Warriors (TRW).

Bagaimanapun, kata Annuar, dalam kemiskinan itu, TRW tetap bersyukur kerana masih kekal sebagai milik rakyat dan tidak dijadikan hak milik peribadi.

Tegasnya, mana-mana pihak yang menaja TRW adalah menaja sebuah pasukan rakyat dan bukannya pasukan milik individu tertentu.

“Kita ikut cara kita. Kita tiada masa nak bincang hal pasukan lain kecuali kalau terpaksa nanti,” kata Annuar. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JDT
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd