• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Sihat Untuk Jayakan TN50 – Zahid

oleh Ahmad Albab
21/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Rakyat Malaysia perlu sentiasa memastikan mereka berada dalam keadaan cergas dan sihat demi kejayaan Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata bagi memastikan rakyat sentiasa sihat maka setiap lapisan masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat termasuk bersenam.

“Walaupun dah berusia 60 tahun tapi kena sentiasa pastikan diri sihat dan cergas kerana umur hanya angka.

“Lebih-lebih lagi jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat iaitu 73 tahun bagi lelaki dan 75 tahun bagi wanita, maka adalah penting untuk mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika merasmikan ‘Fit Perak @ Bagan Datuk’ disini yang diadakan sempena program Permukiman Menteri Besar Perak selama lima
hari yang berakhir hari ini.

Kira-kira 5,000 orang menyertai ‘Fit Perak @ Bagan Datuk’ yang bermula seawal 7 pagi dengan pelbagai program termasuk kayuhan basikal, larian selain pameran daripada jabatan dan agensi kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis melancarkan TN50 dengan mengadakan dialog perdana di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) bersama golongan sasar dan belia dari seluruh negara yang memberi imput mengenai aspirasi mereka bagi tempoh 30 tahun akan datang.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengarahkan Exco Belia, Sukan dan Sumber negeri Datuk Shahrul Zaman Yahaya supaya menganjurkan ‘Fit Bagan Datuk’ setiap bulan untuk memastikan penduduk Parlimen itu mengamalkan gaya hidup sihat.

Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam ucapannya berkata Perak merupakan negeri pertama di Malaysia yang menganjurkan program kesihatan dikenali ‘Fit Perak’. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd