• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perubahan Pentadbiran AS Tak Jejas Kerjasama

oleh Ahmad Albab
22/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Perubahan sistem pentadbiran di Amerika Syarikat yang kini diterajui Presiden Donald Trump tidak akan menjejaskan dasar atau kerjasama berkaitan keselamatan yang dijalin dengan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan semua Perjanjian Persefahaman (MoU) termasuk berkaitan dengan jenayah rentas sempadan tetap diteruskan.

“Dari segi jangka panjang, walaupun presiden bertukar tapi dasar dan kerjasama yang dimeterai sebelum ini seperti pencegahan jenayah terus berjalan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Persekolahan dan Hadiah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah di sini hari ini.

Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 di Capitol Hill, Washington DC, hari ini di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, John Roberts pada pukul 1.05 pagi (12.05 tengah hari Jumaat waktu Washington).

Bilionair Amerika Syarikat berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 8 Nov lepas.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid berkata kerjasama keselamatan yang terjalin antara Washington dengan Kuala Lumpur antara lain Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan agensi perisikan.

“Kita juga ada MoU bagi perpindahan banduan selain program radikalisasi untuk tahanan yang berkaitan dengan pengganas,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd