• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Tiduri 32 Gadis Perawan Penuhi Syarat Ilmu Hitam

oleh AK-47
22/01/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN suami isteri dari Jambi, Indonesia ditangkap pihak berkuasa tempatan negara itu kerana terlibat dalam kes menculik dan merogol anak jirannya yang berusia 15 tahun.

Menurut laman berita tempatan negara itu, lelaki yang dikenali sebagai Januri alias Toni, 43, telah memperkosa mangsa dirujuk sebagai RS di hadapan isterinya demi memenuhi syarat ilmu hitam yang dipelajarinya.

Pihak polis menyangka tindakan kejam Toni adalah bermotifkan dendam terhadap ibu bapa RS namun sangkaan itu meleset sama sekali.

Jurucakap polis, AKP Afrito M mendedahkan bahawa Toni memberitahu pihaknya yang dia perlu meniduri 32 gadis perawan agar ilmu hitam yang dituntutnya benar-benar sempurna.

“Kepada penyiasat polis, dia (Toni) mengaku menuntut ilmu Mego Nondho dan Semar Mesem,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 18 Januari lalu.

Tambahnya lagi, dua jenis ilmu hitam yang diamalkan oleh Toni itu dipercayai boleh ‘mendatangkan’ harta yang berlimpah apabila syarat-syaratnya dipenuhi.

Perlu Tiduri 32 Gadis Perawan Penuhi Syarat Ilmu Hitam

Malah Toni juga mengaku sudah berjaya meniduri 17 anak gadis perawan dan yang terakhir adalah RS.

“Daripada pengakuannya, mangsa adalah berasal dari beberapa daerah bermula dari Lampung sehingga ke Jambi,” jelas AKP Afrito.

Kini Toni bersama isterinya Robina sudah ditahan reman di balai polis Mapolres Bungo dan pasangan itu akan didakwa di bawah Undang-Undang Indonesia menurut pasal 81, perenggan 1, 76D nombor 35, 2014 mengenai perlindungan kanak-kanak.

Mereka berdua berhadapan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum 5 bilion rupiah (kira-kira RM166,000).

RS dilaporkan hilang pada 3 Januari lalu dan sejak itu polis menjalankan siasatan sehinggalah mereka berdua ditangkap.

Dari pengakuan RS, Toni bukan sahaja menculiknya tetapi turut menganiaya sekali gus memperkosanya. Kejadian itu berlangsung di depan isteri Toni sendiri.

Sumber: Liputan6.com

Tags: ilmu hitamIndonesiakes rogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd