• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi ‘Aktif’ Samun Penumpang Ditahan

oleh AK-47
11/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – ‘Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua’. Peribahasa itu paling sesuai diberikan kepada seorang pemandu teksi yang ‘aktif’ merompak penumpangnya sehingga berjaya ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, suspek yang berusia 27 tahun itu berjaya ditahan hasil maklumat seorang wanita warga Indonesia yang menjadi mangsa ketika menaiki teksi bersama dua rakannya di Jalan Mahogani, Sri Damansara, 31 Disember lalu.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kantin hendak ke pusat membeli belah di Kepong.

“Apabila tiba di depan Selayang Mall, pemandu teksi tersebut menghalau dua rakan mangsa turun dari teksi dan membawanya ke tempat yang tidak diketahui.

“Suspek mengarahkan mangsa menyerahkan wang tunai wang tunai RM1950 , Rupiah 300, 000, barang kemas dan pasport,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zani berkata, mangsa berjaya melarikan diri dengan membawa kad pendaftaran pemandu teksi milik suspek ketika sampai di sebuah stesen minyak dan mendapatkan bantuan orang ramai.

Menurutnya, suspek yang panik dengan kejadian itu melarikan diri dengan memecut teksinya dan mangsa membuat laporan polis.

Pemandu Teksi 'Aktif' Samun Penumpang Ditahan

Jelasnya, suspek berjaya diberkas di sebuah apartment di Jinjang Utara kira-kira jam 10.30 pagi dan polis merampas beberapa barang kemas, pasport milik mangsa dan dokumen pengenalan diri milik mangsa lain.

“Siasatan mendapati suspek terlibat dalam kes samun di daerah lain,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana atas kesalahan merompak dan akan direman pagi ini di Mahkamah Petaling Jaya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: kes samunMangsapemandu teksiWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd