Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Uqasha Nafi Bercinta Dengan...

BARU-BARU ini bertebaran cerita mendakwa pelakon kontroversi, Uqasha Senrose bercinta dengan pengacara dan...

Sektor Koperasi Di Perlis...

KANGAR - Sektor koperasi di Perlis yang sedang berkembang dengan baik ketika ini...

Syabas Lewat Keluar Bil...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) hari ini memaklumkan...

Upin & Ipin Platform...

PUTRAJAYA - Pemilihan watak animasi popular, Upin dan Ipin sebagai maskot Pameran Antarabangsa...

Paras Air 7 Sungai Terengganu Lepasi Tahap Bahaya

KUALA TERENGGANU – Paras air tujuh sungai di empat daerah Terengganu kini telah melepasi paras bahaya setakat pukul 2.30 petang ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan Sungai Besut telah mencatat kenaikan di tiga lokasi iaitu di Kampung La setinggi 23.97 meter (m) melepasi paras bahaya 21.50 m, di Jambatan Keruak setinggi 36.45 m melebihi paras bahaya 35.00 m dan di Jambatan Jerteh setinggi 8.94 m melewati paras bahaya 8.90 m.

Kedua ialah Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman yang merekodkan paras air setinggi 18.93 m melepasi paras bahaya 18.5 m.

Menurut laporan itu lagi, dua sungai di Hulu Terengganu iaitu Sungai Telemong di Kuala Ping merekodkan kenaikan setinggi 20.69 m melepasi paras bahaya 20.00 m dan Sungai Berang di Kampung Menerong iaitu 25.37 m melebihi paras bahaya 24.50 m.

Dua sungai di Setiu juga mencatat kenaikan paras air iaitu Sungai Chalok di Jambatan Chalok setinggi 8.98 m melepasi paras bahaya 8.40 m dan Sungai Nerus di Kampung Langkap iaitu 22.65 m berbanding paras bahaya pada 21.50 m.


Di Dungun, Sungai Dungun di Kuala Jengai merekodkan kenaikan setinggi 23.07m melepasi paras bahaya 21.00 m.

Menurut laporan itu juga, hujan lebat direkodkan di stesen bacaan hujan di pedalaman Kemaman, Dungun, Besut dan Hulu Terengganu tengah hari tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori