• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Mahu JAIS Tahan Penceramah Agama Lain

oleh AK-47
22/01/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil tindakan ke atas penceramah agama yang mengutuk PAN di masjid dan surau di Selangor.

Timbalan Pengerusi Biro Undang-Undang PAN, Wan Anwar Wan Ibrahim mendakwa kononnya JAIS membuat pendakwaan terpilih ke atas pemimpinnya, Khalid Samad yang menghadapi tuduhan kerana mengajar agama Islam tanpa tauliah di Selangor.

“Kami menggesa Majis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS mengambil tindakan ke atas penceramah yang terang-terang berceramah politik beralaskan tema agama yang mengutuk PAN di masjid dan surau di Selangor. Sebahagian besar mereka ini tidak menghiraukan peraturan mengenai tauliah.

“Bagaimanapun, kami hairan kerana tiada tindakan penangkapan dan pendakwaan terhadap penceramah berkenaan sebagaimana yang diambil ke atas Khalid,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam didenda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah semalam selepas didapati bersalah mengajar agama Islam tanpa tauliah di sebuah surau di Klang enam tahun lalu.

Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim turut memerintahkan Khalid, 60, yang juga Pengarah Komunikasi PAN dipenjara tiga bulan jika dia gagal membayar denda.

Wan Anwar dalam pada itu mendakwa, Khalid tidak seharusnya dikategorikan sebagai “mengajar agama Islam” yang memerlukan beliau untuk memohon tauliah seperti kehendak Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Beliau mendakwa kononnya Khalid hanya berkongsi pengalaman semasa berada di Palestin.

“Kami bimbang bahawa tafsiran tersebut boleh menggugat hak dan kebebasan bersuara yang dijamin di bawah peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Pasukan peguam kami bersedia untuk membantu dalam proses rayuan kes beliau ke peringkat yang lebih tinggi,” dakwanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: JAISPANWan Anwar Wan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

JAIS: Hentikan Tradisi Ibu Bapa Perlu Sediakan Hadiah Sempena Sambutan Hari Guru

12/05/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melarang semua sekolah di bawah pentadbirannya mengadakan Sambutan Hari Guru di peringkat...

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

Sekolah Pentadbiran JAIS Tidak Dibenarkan Sambut Hari Guru?

11/05/2026
0

SHAH ALAM - Satu surat didakwa dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak membenarkan sekolah di bawah pentadbiran institusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd