• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MOF Jelaskan Isu Pengecualian Cukai Untuk Badan Agama

oleh Ahmad Albab
09/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kementerian Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan 1967 bukan bertujuan mengenakan cukai terhadap badan agama, sebaliknya untuk memastikan pendapatan mereka digunakan secara khusus bagi tujuan keagamaan dan amal.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata pindaan itu terpakai bagi semua badan agama termasuk Islam dan bukan Islam untuk melayakkannya dikecualikan daripada membayar cukai bermula dari taksiran tahun ini.

“Pengecualian cukai (terhadap badan agama) adalah suatu cara bagi kami untuk memastikan pendapatan, seperti daripada derma, digunakan untuk tujuan amal dan mengajar ilmu agama serta beribadat.

“Ini untuk mengelak pihak tertentu daripada menyalahgunakannya bagi tujuan lain dengan bertopengkan badan agama,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat mengenai Bajet 2017 di sini, hari ini.

Pindaan terhadap akta itu, yang menyebabkan banyak badan agama keliru terutama dalam kalangan badan agama bukan Islam, melibatkan perenggan 13(1)(b) Jadual 6 Akta berkenaan yang menyatakan bahawa pengecualian cukai hanya terpakai bagi sumbangan, yang diterima pertubuhan dan institusi agama bukan mencari keuntungan, digunakan hanya untuk tujuan amal.

Othman berkata pindaan terhadap akta itu boleh mengatasi kebimbangan bahawa derma yang diterima digunakan untuk membiayai aktiviti militan.

Beliau memberitahu ada individu yang memperoleh pendapatan lebih RM10,000 sebulan tidak mengisytiharkan pendapatan mereka kerana mereka bekerja dengan badan agama yang dikecualikan daripada membayar cukai. – BERNAMA

Tags: Badan AgamaCukaikementerian kewangan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd