• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Mangsa Lemas Bot Terbalik Di Muar Ditemukan

oleh Ahmad Albab
26/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Mayat korban pertama banjir di Johor, Mohd Fais Shafiq Hassan yang hilang dalam tragedi bot terbalik di Kampung Tengah, Segamat tiga hari lepas, ditemukan pagi ini oleh anggota Pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata mayat Mohd Fais Syafiq, 21, ditemukan terapung kira-kira 10 meter dari tempat kejadian pada 7.45 pagi tadi.

“Identiti mangsa dikenal pasti berdasarkan kad pengenalan di dalam dompet yang ditemukan pada mangsa sebelum disahkan oleh keluarga,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada Selasa, Mohd Fais Syafiq dilapor hanyut dalam arus deras setelah bot yang dinaiki bersama empat lagi terbalik selepas bergesel dengan dua bot lain semasa dalam perjalanan menyelamatkan harta benda di rumah keluarganya daripada ditenggelami banjir, di Kampung Tengah.

Empat lagi penumpang yang turut terjatuh ke dalam air bagaimanapun sempat diselamatkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Sementara itu, mengulas kehilangan seorang lelaki berusia 58 tahun di Balai Badang, Segamat semalam, Raub berkata polis masih menyiasat kes tersebut.

Katanya siasatan dibuat dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan lemas dalam kejadian banjir.

“Polis akan mengambil keterangan daripada rakan serta anggota keluarga lelaki terbabit,” katanya.

Raub berkata isteri lelaki itu membuat laporan polis selepas si suami tidak pulang ke rumah sekalipun telah habis waktu bekerja.

Kata beliau lelaki itu keluar ke tempat kerjanya di Ladang Palong Timur dengan menunggang motosikal. – BERNAMA

Tags: botMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd