Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Kes Balamurugan, Soh Kai...

PUTRAJAYA - Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke atas kematian S.Balamurugan dan...

Wanita Buat Laporan Dirogol...

SEORANG wanita Belanda disabitkan bersalah melakukan zina oleh mahkamah di Doha, Qatar selepas...

Koo-Tan Juara Beregu Lelaki...

KUALA LUMPUR - Gandingan veteran negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong membuktikan mereka...

Wajib Bogel Untuk Masuk...

CANBERRA — Lazimnya ketika menghadiri sesebuah pameran karya seni, pengunjung perlu berpakaian kemas namun,...

Mara Inc Jual Bangunan Di Melbourne RM76 Juta

KUALA LUMPUR – Anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (Mara), Mara Incorporated Sdn. Bhd. (Mara Inc) telah selesai memuktamadkan penjualan bangunan pejabat 51 Queen Street di Melbourne, Australia, pada harga A$23.4 juta (RM76.75 juta) secara bidaan terbuka.

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa berkata bidaan tersebut yang selesai pada Ogos 2016 dikendalikan sepenuhnya oleh Colliers International, firma ejen hartanah terkenal di Melbourne.

Beliau berkata hartanah yang diperoleh sejak 2014 itu, dijual melebihi harga pembeliannya iaitu A$21 juta, dan digunakan untuk melupuskan hutang Mara Inc dengan dua buah bank di Australia

Menurut Annuar, penjualan hartanah itu merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang dilaksanakan Mara Inc. setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Kelulusan tersebut diberikan atas dua syarat iaitu aset tersebut dilupuskan pada harga yang menguntungkan dan keuntungan daripada jualan mesti melangsaikan semua hutang dengan dua bank di Australia,” katanya pada sidang akhbar mengenai penjualan hartanah tersebut, di sini, hari ini

Menurutnya, pinjaman daripada dua bank itu bersifat jangka pendek dan memberi tekanan kepada Mara Inc. untuk melangsaikan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

Annuar turut menegaskan penjualan hartanah tersebut tidak melibatkan sebarang kerugian malahan Mara Inc. memperoleh keuntungan dari segi pertukaran mata wang asing selain harga jualan yang lebih tinggi.


“Langkah penjualan ini adalah sejajar dengan strategi pelaburan jangka panjang Mara Inc termasuk lokasi hartanah lain di Melbourne dan London.

“Kewangan Mara Inc kini kukuh dan tidak memerlukan suntikan daripada Mara,” katanya.

Hartanah di Queen Street itu merupakan satu daripada empat hartanah yang dimiliki Mara Inc di Australia, merangkumi 12 tingkat ruang pejabat serta ruang niaga moden di tingkat bawah.

Menurut Annuar, tiga hartanah lain itu yang mempunyai nilai aset terkumpul lebih A$80 juta akan dikekalkan sebagai pelaburan hartanah masa hadapan. – BERNAMA

Kategori