• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Pitas Kekal 281 Orang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jumlah mangsa banjir di Daerah Pitas pagi ini kekal 281 orang daripada 67 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan, kira-kira 180 kilometer dari sini.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kol Mulliadi Al Hamdi Ladin berkata kesemua mangsa banjir berkenaan ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Rukom, SK Pekan Pitas dan Dewan Terbuka, Kampung Bilangau Besar.

Sehingga 8.40 pagi ini, 16 kampung di Daerah Pitas masih terjejas.

Beliau berkata sembilan jalan raya iaitu jalan utama Kampung Salimpodon, Kampung Indah, Kampung Kusilad, Kampung Pandan Mendamai, Kampung Layang Kanibongan, Kampung Sosop, Kampung Boribi Kanibongan, Kampung Pondoi dan Kampung Kibuluh masih digenangi air dan tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

Mulliadi yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Sabah berkata paras Sungai Kebatasan menunjukkan bacaan paras bahaya 5.98 meter (m) manakala Sungai Bengkoka berada pada paras amaran iaitu 3.91m. – BERNAMA

Tags: mangsa banjirSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

Konsert Israel Houghton Wajar Dibenarkan, Hormati Hak Kebebasan – Shafie Apdal

03/10/2026
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berpendirian konsert yang dicadangkan oleh artis Kristian dari...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd