Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

CEO UEM Sunrise Letak...

Pengarah Urusan (MD) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UEM Sunrise Bhd, Anwar Syahrin Abdul Ajib telah memberikan notis peletakan jawatannya hari ini untuk meneruskan peluang kerjaya lain.

FIFA Iktiraf Padang Bola...

KUALA LUMPUR - Padang Bola Sepak Arena Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang...

Rokok Seludup Bernilai RM115,425...

KUCHING - Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan rokok pelbagai...

PAS Sedih Komen Tidak...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan kesal dengan pihak yang sedang...

Mangsa Banjir Di Paitan & Pitas, Sabah Kekal

KOTA KINABALU – Mangsa banjir di Pitas dan Paitan di Sabah kekal 824 orang daripada 251 keluarga pagi ini sejak malam tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah Kol Mulliadi Al-Hamdi Ladin berkata jumlah mangsa seramai 30 orang daripada sembilan keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Kampung Kubambangan di Paitan tidak berubah.

Begitu juga jumlah mengsa seramai 45 orang daripada 10 keluarga di Dewan Kampung Binsulung, katanya.

Jumlah mangsa di enam pusat pemindahan di Pitas juga tidak berubah iaitu 128 orang daripada 33 keluarga di Dewan Kampung Kusilad, Dewan Kampung Sinukab (76 orang daripada 14 keluarga) dan Dewan Komuniti Kampung Indah (137 orang daripada 60 keluarga).


Selain itu, 35 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di Dewan SK Salimpodon, Dewan SK Rukom (59 orang daripada 18 keluarga) dan Dewan SK Pekan Pitas 2 (314 orang daripada 100 keluarga).

Sementara itu, Mulliadi Al-Hamdi berkata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dijangka membuat lawatan ke daerah kecil yang terjejas dengan banjir hari ini. – BERNAMA

Kategori