• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands Selamat

oleh Ahmad Albab
31/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan laluan di Km 44 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands adalah selamat dan tidak mengalami runtuhan atau keretakan seperti yang didakwa.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata JKR juga turut memaklumkan jalan itu dipantau 24 jam sehari.

Laluan itu telah dipasang dengan 425 cerucuk besi selain diperkukuh dengan lapisan batu sedalam lima meter di sepanjang 430 meter jalan yang dibina berbentuk jambatan tersebut, katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah JKR Perak Abu Bakar Mohd Said.

Minggu lepas, keadaan jalan itu ditular sebagai tidak selamat dengan pengguna mendakwa berlaku gegaran sebelum berlaku runtuhan kecil di laluan berkenaan.

Mengulas lanjut, Zainol Fadzi berkata JKR akan memaklumkan jika berlaku sebarang perubahan atau pergerakan tanah di kawasan itu.

Selain itu, JKR juga akan melakukan penanaman rumput untuk mengukuhkan lagi struktur tanah di kawasan cerun berkenaan, katanya.

“JKR juga akan menggunakan kaedah lain yang dianggap bersesuaian bagi mengukuhkan struktur tanah di kawasan ini,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: laluan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diberi...

Bekas Isteri Pemandu E-hailing, Adik Tiri, Dituduh Membunuh

Lima Laluan Ditutup Sementara Sempena Penamaan Calon PRK KKB Esok

26/04/2024
0

KUALA LUMPUR - Lima laluan jalan raya di sekitar Kuala Kubu Baharu akan ditutup sementara dan dilencongkan bagi melancarkan proses...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd