• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Laluan Ditutup Sementara Sempena Penamaan Calon PRK KKB Esok

oleh Mohd Arshad
26/04/2024
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Bekas Isteri Pemandu E-hailing, Adik Tiri, Dituduh Membunuh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima laluan jalan raya di sekitar Kuala Kubu Baharu akan ditutup sementara dan dilencongkan bagi melancarkan proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) esok.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.

“Penutupan sementara jalan sempena hari penamaan calon pada esok bermula pada 12.01 tengah malam (27 April) hingga selesai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan penutupan sementara itu, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif lain seperti Jalan Kubu, Jalan Dato Tabal, Jalan Rasathurai, Jalan Dato Balai, Jalan Syed Masyor dan Jalan Pahang.

Menurutnya, pengguna dinasihatkan agar mematuhi arahan penutupan jalan dan lencongan itu yang dibuat bagi melancarkan aliran trafik.

Proses penamaan calon bagi PRK berkenaan dijadual berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor bermula 9 pagi.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.

Bernama-

Tags: laluanpenamaan calonPRK Kuala Kubu Baharu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bekas Isteri Pemandu E-hailing, Adik Tiri, Dituduh Membunuh

Next Post

MAQIS Tahan Dua Anjing Dari China, Identiti Mengelirukan

Related Posts

MAQIS Tahan Dua Anjing Dari China, Identiti Mengelirukan

6 Borang Pencalonan Dibeli, PRK DUN Kuala Kubu Bharu Dijangka Tiga Penjuru

26/04/2024
0

HULU SELANGOR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu yang membuka tirainya esok, dijangka menyaksikan saingan...

Saingan Tiga Penjuru Di DUN Klawang

Saingan Tiga Penjuru Di DUN Klawang

29/07/2023
0

JELEBU : Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang di sini menyaksikan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15...

Next Post
Lima Laluan Ditutup Sementara Sempena Penamaan Calon PRK KKB Esok

MAQIS Tahan Dua Anjing Dari China, Identiti Mengelirukan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd