• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA

oleh Mynewshub
dalam Utama & Sensasi
0
KPT Umum Laluan Untuk Lepasan UEC Sambung Pengajian di IPTA
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kini diberi laluan untuk memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)

KPT dalam satu kenyataan media berkata, pelajar di luar sistem pendidikan kebangsaan yang lain iaitu dari sekolah swasta dan sekolah tahfiz turut dibuka laluan untuk memasuki IPTA.

“KPT komited memastikan akses pendidikan tinggi yang inklusif, adil dan berkualiti kepada semua pelajar yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke IPTA selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri telah mempersetujui beberapa beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan iaitu daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan SMPC ke IPTA,” kata kenyataan itu hari ini.

KPT berkata, bagi calon-calon daripada aliran tersebut yang turut memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh boleh memohon mana-mana program pengajian yang ditawarkan melalui sistem UPUOnline.

Jelas KPT, permohonan adalah mengikut kiraan merit berdasarkan pakej mata pelajaran yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta tertakluk kepada syarat am dan syarat khas program ditetapkan universiti melalui proses pemilihan berdasarkan meritokrasi.

Kata KPT, bagi calon-calon aliran tersebut yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan diperakui oleh KPM boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program-program tertentu di IPTA yang telah dikenal pasti berdasarkan kesesuaian bidang pengajian dan keperluan semasa.

“Bagi calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz, antara program yang dikenal pasti adalah Diploma dan Sarjana Muda Dakwah, Diploma dan Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah, Sarjana Muda Pendidikan Tahfiz; dan.Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah)

“Bagi calon lepasan SMPC/UEC, antara program yang dikenal pasti Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina.dan Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan,” kata kenyataan itu.

Menurut KPT, semua permohonan akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik serta tertakluk kepada ketetapan dan keputusan Senat Universiti.

“KPT ingin menegaskan bahawa pendekatan ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkasa akses pendidikan tinggi negara secara lebih inklusif tanpa menjejaskan standard akademik dan kualiti sistem pendidikan tinggi negara,” kata kenyataan itu. – MYNEWSHUB

Sumber Info: Akaun Media Sosial Kementerian Pendidikan Tinggi

Tags: institusi pendidikan tinggi awamIPTAKemasukanKementerian Pendidikan TinggiKPTlaluanLepasanSekolah Menengah Persendirian CinaSijil Peperiksaan BersepaduSMPCUEC
Share224Tweet140SendShare

Related Posts

KPT Pantau Kualiti Udara, IPT Diberi Autonomi Tentukan Mod PdP

KPT Pantau Kualiti Udara, IPT Diberi Autonomi Tentukan Mod PdP

07/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah seliaannya supaya memantau bacaan Indeks...

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

Pegawai Tentera Ditahan Bersama Senjata Api Di IPTA, TDM Sahkan Stor Senjata Lengkap

03/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan seorang pegawainya ditahan selepas ditemukan bersama sepucuk senjata api, sejumlah peluru serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd