Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

China Gesa Korea Utara...

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU - China menggesa Korea Utara mematuhi ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan...

Jangan Tukar Kapal Jika...

JOHOR BAHRU- Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengeluarkan kenyataan panjang...

MCPF Cadang Buka Cawangan...

KUALA LUMPUR - Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bercadang membuka cawangannya di setiap...

Azizulhasni Raih Gangsa Pada...

KUALA LUMPUR – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang akhirnya menamatkan kemarau...

Janet Jackson Lahirkan Anak Sulung Di Usia 50 Tahun

PENYANYI Amerika Syarikat, Janet Jackson dilaporkan telah selamat melahirkan anak sulungnya dalam usia 50 tahun, semalam.

Jurucakap bintang pop itu memaklumkan, Jackson dan suaminya, Wissam Al Mana begitu teruja dengan kelahiran anak lelaki mereka, Eissa Al Mana.

Selain itu, jurucakap itu turut memberitahu, proses bersalin Janet berjalan dengan lancar .

Janet Jackson Lahirkan Anak Sulung Di Usia 50 Tahun

“Janet tidak menghadapi masalah ketika bersalin dan kini sedang berehat,” kata jurucakap penyanyi itu kepada majalah People.

Jackson yang mengahwini ahli perniagaan Qatar pada 2012, mengemparkan peminat dengan berita gembira apabila mengesahkan dirinya hamil pada bulan Mei.


Spekulasi mengenainya kehamilannya sudah pun timbul April lalu apabila adik mendiang raja pop, Michael Jackson ini menghentikan konsert jelajah dunia dengan alasan dia dan suami sedang ‘merancang untuk bina keluarga’.

Menurut laporan Mirror, penyanyi lagu Control ini dipercayai sudah memeluk agama Islam sejak berkahwin dengan Al Mana pada 2012. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori