• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Pramugari Gendong Warga Emas Jadi Viral

oleh AK-47
09/01/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKEPING gambar memaparkan seorang pramugari mengendong seorang nenek tua yang dipercayai penumpang pesawat Garuda Indonesia  penerbangan GA821 dari Kuala Lumpur ke Jakarta menjadi tular di media sosial.

Memetik laporan Liputan 6, pramugari yang dikenali sebagai Vera itu menjadi buah mulut netizen kerana dia sanggup berkaki ayam sambil menggendong warga emas yang menghadapi kesukaran untuk berjalan.

Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda Indonesia, Benny Sigar Butarbutar mengesahkan kejadian berlaku di dalam pesawatnya dan pramugari yang terlibat adalah Vera.

“Jujur, itulah sifat yang tertanam di hati semua pramugari Garuda Indonesia, sebagai satu standard layanan terhadap penumpang.

“Begitu juga pramugari muda yang bertugas dalam penerbangan GA821 Kuala Lumpur-Jakarta,” kata Benny.

Sementara itu, portal Tribunnews pula melaporkan dengan lebih terperinci tentang kejadian itu.

Gambar Pramugari Gendong Warga Emas Jadi Viral

Difahamkan, ketika penumpang semua sudah keluar, warga emas itu masih terduduk di kerusi 41C dengan ditemani salah seorang anggota keluarganya.

Tanpa menunggu lama, Vera datang mendekati seterusnya mengetahui penumpang itu memerlukan kerusi roda.

Ketika bercakap sementara menunggu kerusi roda, Vera mengetahui nenek terbabit merupakan anggota rombongan umrah yang perlu mengejar penerbangan seterusnya.

“Setelah menunggu beberapa waktu lamanya, kerusi roda belum datang juga, maka Flight Service Manager (FSM) Ninik Septinawati dan pramugari Vera segera menawarkan bantuan untuk membantu penumpang keluar pesawat,” kata Benny.

Vera kemudian menggendong nenek tersebut di belakang untuk keluar dari pesawat sebelum bantuan kerusi roda tiba.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kewarganegaraan nenek terbabit. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IndonesiaPramugari
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

Malaysia Cadang Diplomasi Sains, Dana Jerebu Perkukuh Usaha ASEAN Tangani Jerebu

10/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Malaysia mencadangkan pelaksanaan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan bagi memperkukuh pelaksanaan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu...

Pramugara Popular Hafeez Al Bukhary Meninggal Dunia Selepas Bertarung Kanser Tahap Empat

Pramugara Popular Hafeez Al Bukhary Meninggal Dunia Selepas Bertarung Kanser Tahap Empat

02/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  SHAH ALAM – Pramugara Malaysia Airlines yang dikenali ramai di media sosial, Hafeez Al Bukhary Zulkefly, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd