Thursday, November 30, 2023

Creating liberating content

Korea Selatan Haram Kopi...

TEGAS... Korea Selatan mengharamkan penjualan kopi di sekolah-sekolah di merata negara itu dalam...

PDRM Terkilan Peraturan Baharu...

KUALA LUMPUR – Nampaknya Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkilan dengan langkah terbaharu Kementerian...

Sah Ayob Khan Dilantik...

PETALING JAYA: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah...

Tukar 1kg Minyak Masak...

PUTRAJAYA - Apa yang anda akan lakukan dengan minyak masak yang telah digunakan...

Bot Hilang: Pihak Berkuasa Tingkat Usaha Mencari

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata pihak berkuasa sedang meningkatkan usaha mencari bot jenis Catamaran membawa 28 pelancong warga China dan tiga krew yang hilang ketika dalam pelayaran dari sini ke Pulau Mengalum semalam.

“Saya telah mengarahkan misi SAR menggunakan pesawat peninjau supaya peluang untuk menemukan bot dan penumpang yang hilang adalah lebih cerah,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengerahkan kapal-kapal, peralatan dan anggota bagi misi SAR itu.

“Saya dimaklumkan bahawa APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin telah menggerakkan operasi pencarian membabitkan kawasan seluas kira-kira 400 batu nautika persegi.

“Pihak berkuasa sedang melalukan yang terbaik untuk mencari mereka. Saya tahu ini adalah masa yang sukar bagi keluarga. Harapan dan doa kami adalah bersama mereka,” kata beliau.

Musa juga berkata pengusaha bot perlu lebih berhati-hati apabila membawa penumpang terutama ketika dalam keadaan cuaca yang buruk.


Sebuah bot jenis catamaran yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong warga China dipercayai hilang ketika dalam pelayaran dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum, kira-kira 56 km baratlaut dari Kota Kinabalu, semalam.

Menurut APMM, bot catamaran itu meninggalkan jeti pada 9 pagi.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas diberi taklimat mengenai operasi SAR di ibu pejabat APMM Sabah dan Labuan di sini, Konsul Jeneral China di Sabah, Chen Peijie berharap kesemua 28 penumpang warga China itu ditemukan dalam keadaan selamat. – BERNAMA

Kategori