• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua

oleh AK-47
15/09/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PH Sabah Terkejut Cadangan Lantik Musa Jadi Ketua
Share on FacebookShare on Twitter

PH Sabah akan mengadakan mesyuarat bersama dalam tempoh terdekat sebagai persediaan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

[100 PRODUK HALAL TAIWAN BOLEH DIDAPATI DI 50 KEDAI 7-ELEVEN SELURUH NEGARA]

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan petang ini PH Sabah berkata, antara agenda yang akan dibincangkan nanti ialah menentukan hala tuju mereka.

Kenyataan itu menyusul selepas Malaysiakini melaporkan ada cubaan mengangkat bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman, untuk mengepalai PH negeri terbabit.

“PH Sabah amat terkejut dengan laporan berita bertajuk ‘Musa Aman akan ketuai PH Sabah?’ yang dilaporkan oleh Malaysiakini dan tular dalam media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan dan kerisauan rakyat.

“PH Sabah sebulat suara menafikan perkara ini dan ia tidak sesekali dibincang dan diputuskan dalam mana-mana mesyuarat PH Sabah,” kata kenyataan berkenaan.

Ia ditandatangani Pengerusi PH Sabah, Christina Liew; serta semua empat pengerusi parti komponennya Ewon Benedick (Presiden Upko); Sangkar Rasam (PKR ), Frankie Poon (DAP), dan Lahirul Latigu (Amanah).

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Anwar Ibrahim yakin Musa – yang setakat ini masih menjadi ahli Umno – boleh mengukuhkan PH Sabah bagi menghadapi PRN.

Sabah mengadakan PRN pada 26 Sept 2020 ekoran pergolakan dalam negeri itu kesan daripada Langkah Sheraton yang menyaksikan PH tersingkir dari Putrajaya di luar pilihan raya.

Musa merupakan antara watak penting yang membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah. Ia kemudian menyaksikan Warisan pimpinan Mohd Shafie Apdal gagal mempertahankan penguasaan mereka di Sabah.

PH sendiri mengalami kekalahan besar dalam PRN berkenaan.

Malaysiakini difahamkan, Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, mengadakan pertemuan dengan Musa semasa melawat Sabah minggu lalu.

Beberapa pemimpin PH menyatakan rasa tidak senang dengan rancangan tersebut kerana yakin di sebalik potensi yang ada pada Musa, dia juga mungkin menjadi beban buat parti.

PH Sabah berkata mereka mengambil pendirian bahawa sebarang keputusan penting berhubung dengan mandat dan keyakinan rakyat harus dipertimbangkan dengan teliti serta diperhalusi sehingga dipersetujui sebulat suara di peringkat negeri.

-Malaysia Kini

Tags: Musa AmanPH Sabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie Punca Peningkatan Kes COVID-19 – Musa Aman

20/10/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dalam surat terbukanya mendakwa Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN),...

Musa, 32 ADUN Kecewa Rayuan Ditolak

09/09/2020
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman bersama 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berasa kecewa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd