• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barrales Lengkapkan Senarai Pemain Import JDT

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melengkapkan kuota empat pemain import apabila sah mengikat pemain keempat dari Argentina bagi mengharungi Liga Malaysia 2017.

Bernama difahamkan pemain berkenaan adalah bekas penyerang kelab Turki, Sivasspor iaitu Jeronimo Barrales.

Menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook JDT, Johor Southern Tigers, Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez berkata penyerang berkenaan yang dikenali sebagai ‘Apache Assassin’ akan menggantikan tempat Juan Martin Lucero dari Argentina yang dijual kepada kelab Mexico, Club Tijuana.

Skuad Harimau Selatan sebelum ini melepaskan rakan senegara Lucero, Jorge Pereyra Diaz kerana pemenang Anugerah Kasut Emas (penjaring terbanyak) Liga Super 2016 itu dilaporkan meminta gaji yang tinggi.

JDT sah diperkuatkan dengan kehadiran dua pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrerra selain bekas penyerang PKNS FC, Gabriel Miguel Guerra yang bakal beraksi untuk JDT II.

Pemain antarabangsa Singapura, Hariss Harun pula dilaporkan akan dipinjamkan sama ada kepada kelab Portugal atau Jepun selama setahun pada musim depan dan tempat beliau diisi pemain import dari Argentina, Brian Ferreira yang memegang kerakyatan Iraq.

Skuad Harimau Selatan turut mempunyai seorang lagi pemain import iaitu Marcos Antonio dari Brazil yang beraksi di posisi pertahanan. – BERNAMA

Tags: JDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd