IPOH – Keadaan banjir di Perak bertambah baik apabila satu daripada dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak ditutup kira-kira pukul 2 petang tadi.
Menurut info Portal Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat, PPS yang ditutup itu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong Batu 8.
Berikutan penutupan itu, jumlah PPS yang masih beroperasi setakat pukul 5 petang ini adalah tiga yang menempatkan 318 mangsa, berbanding 407 orang pada tengah hari tadi.
Daripada jumlah itu, seramai 208 ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai dalam daerah Manjung; 97 orang di SK Sungai Kerawai di Hilir Perak, manakala 13 lagi di Surau Padang Serai Dalam di daerah Larut, Matang dan Selama. – BERNAMA

