Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

Anak Panda Gergasi Seberat...

KUALA LUMPUR - Nuan Nuan, anak panda betina kepada pasangan panda gergasi Xing...

Dua Pencemaran Serentak Hampir...

SHAH ALAM - Dua kes pencemaran sungai yang berlaku di lembangan Sungai Bernam...

Syukur Masih Ada Pemimpin...

SITUASI tegang yang dialami Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak apabila diserang bertali...

Abang Tiri Pemimpin Korea...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan lelaki warga Korea Utara yang meninggal dunia di...

Azmin Puji Kit Siang Tawar Kerjasama Dengan PAS

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik kenyataan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu bersedia bekerjasama semula dengan PAS demi menumbangkan UMNO.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali berkata, kenyataan itu satu langkah positif menuju ke arah penyatuan semua parti pembangkang dengan hasrat yang sama.

“Ini pastinya menuntut kebijaksanaan dan pendekatan inklusif dengan mengenepikan perbedaan pendekatan dan politik kepartian demi matlamat menyeluruh.

“Kita perlu akur bahawa perundingan adalah suatu proses yang rumit. Saya yakin perkara yang rumit ini boleh dirungkai jika semua pihak mengamalkan sikap terbuka dan bertolak ansur,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PAS disingkirkan daripada pakatan pembangkang dua tahun lalu oleh DAP dan PKR gara-gara enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dilihat menyusahkan pembangkang.

PKR bagaimanapun pada tahun lalu berusaha memujuk PAS kembali bekerjasama dengan pakatan pembangkang selepas menyedari sokongan umat Islam mula merosot.

Pemimpin PAS menetapkan syarat boleh bekerjasama semula tetapi perlu menuruti cara PAS yang mengutamakan soal akidah Islam dalam berpolitik.


Syarat PAS itu dibidas beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang mendakwa PAS cuma parti bertaraf sampah dan bakal merugikan pakatan pembangkang.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dalam pada itu menerangkan kepada PAS Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad selari dengan PAS memperjuangkan Islam dan Melayu.

Malangnya, Mahathir sebelum ini dilaporkan pernah membuat lawak tentang Nabi Muhammad dan berkata Tuhan tidak mahu semua hambaNya menjadi Islam sewaktu berucap pada majlis anjuran DAP demi `memancing hati’ ahli DAP. – MYNEWSHUB.CC

Kategori