• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Nafi Turunkan Jalur Gemilang Di Beting Patinggi Ali

oleh Ahmad Albab
09/01/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak hari ini menafikan dakwaan ia diarah menurunkan Jalur Gemilang di Beting Patinggi Ali atau Luconia Shoals yang terletak 84 batu nautika dari pantai Miri.

Ketua Penguat kuasa Maritim Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata APMM Sarawak juga tidak pernah menerima arahan berbuat demikian daripada Putrajaya.

APMM Sarawak tidak menerima sebarang laporan mengenai bendera Malaysia itu telah diturunkan, katanya dalam kenyataan di sini, mengulas dakwaan tersebut yang dibuat pihak tertentu menerusi media sosial.

Beting Patinggi Ali merupakan sebahagian daripada Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia.

Jalur Gemilang itu dinaikkan pada 31 Ogos 2015 oleh ahli arkeologi marin amatur Australia Kapten Hans Berekoven serta pasukan penyelidiknya dan pegawai muzium negeri semasa mereka menjalankan penyelidikan di situ.

Mengulas lanjut, Ismaili berkata pihak berkenaan turut mendakwa pesawat bombardier agensi dilihat terbang rendah di perairan itu semasa menurunkan bendera.

“Dakwaan ini juga tidak benar,” katanya.

Ismaili berkata setiap rondaan yang dilakukan oleh agensi itu di kawasan berkenaan direkod dan dilapor kepada teraju pimpinan.

“Adalah mustahil insiden sedemikian akan diabaikan jika benar ia berlaku,” katanya menambah APMM Sarawak telah melakukan rondaan di kawasan berkenaan sejak 2013.

“Untuk rekod, kami bersama Tentera Laut Diraja Malaysia pernah melihat kehadiran kapal pengawal pantai China di Beting Patinggi Ali pada 2013, dan sejak itu kami melakukan rondaan di kawasan berkenaan dengan lebih kerap.

“Setakat ini tiada kejadian tidak diingini berlaku,” kata Ismaili.

Beliau berkata agensi itu akan meneruskan usaha memastikan perairan Beting Patinggi Ali kekal selamat untuk nelayan tempatan dan komuniti perkapalan. – BERNAMA

Tags: APMMjalur gemilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd