KUALA LUMPUR – Hujan lebat dijangka melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia mulai esok hingga Jumaat.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) hari ini, ia susulan jangkaan berlaku pertembungan luruan sejuk dan angin timuran yang boleh menyebabkan berlaku episod hujan lebat monsun.
“Amaran hujan lebat peringkat kuning telah dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi tempoh berkenaan,” kata MetMalaysia. – BERNAMA