• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adakah Ini Ahli Bomba Wanita Paling `Hot’ Di Dunia?

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADAKAH ini ahli bomba wanita yang paling `hot’ di dunia? Melihat kepada wajah dan bentuk badan Gunn Narten, 30, yang berasal dari Norway ini, memang tidak dapat disangkal lagi.

Gunn menyifatkan kerjayanya sebagai ahli bomba sebagai sesuatu yang mencabar serta merupakan karier idamannya sejak dia berusia 19 tahun lagi.

“Saya memang seorang yang aktif dan gembira kerana menjadi sebahagian daripada kerjaya ini. Saya tidak pernah menyesal memilihnya,’’ kata Gunn.

Adakah Ini Ahli Bomba Wanita Paling `Hot' Di Dunia?

Apabila tidak bertugas, Gunn berkata, dia memang suka bersolek dan memakai pakaian yang cantik. Dia juga banyak menghabiskan masa di dalam gim selain berlari, berenang dan bermain bola sepak bersama anggota bomba lelaki di tempat kerjanya.

“Saya mahu memastikan saya kuat dan memiliki tahap kecerdasan yang tinggi supaya saya dapat berada setaraf dengan rakan sekerja lelaki.

“Sebagai ahli bomba saya bekerja 24 atau 48 jam shif dan kemudiannya mempunyai banyak masa terluang,’’ katanya yang menyifatkan kerja memadamkan kebakaran di rumah adalah mencabar dan boleh meletihkan.

Selepas Gunn berkongsi gambar-gambar menariknya di dalam instagram, ramai yang meminatinya dan kini dia mempunyai 50,000 pengikut dalam media sosial itu.

Gunn juga memberitahu, dia memuatnaik gambar-gambarnya ketika bertugas untuk memberikan inspirasi kepada ramai orang agar mereka melakukan apa yang mereka mahu dengan cara yang positif dan sihat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BombaWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd