Saturday, July 20, 2024

Creating liberating content

‘Saya Terima Hati Terbuka’...

ERNI Dekritawati Yuliana Buhari yang merupakan anak sulung kepada Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya...

Neves Cugat.. Antara Bongok,...

SEBUT nama Raizan Zainal Abidin, tidak ada peminat hiburan tanah air yang mengenali...

Keputusan Ujian Laksa Di...

ALOR SETAR - Keputusan ujian sampel laksa yang diambil daripada sebuah premis di...

Diminta Kaji Semula Kenaikan...

TANJUNG MALIM - Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia diminta mengkaji semula cadangan untuk...

Wanita Hamil Didenda RM1,000 Kerana Cederakan Sepupu

KUALA LUMPUR – Wanita hamil dua bulan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas sepupunya.

Majistret Mahyudin Mohamad Som menjatuhi hukuman itu terhadap S.Thanushani, 24, yang mengaku mencederakan pemilik butik pengantin M. Krishnaveni.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Thanushani yang mempunyai seorang anak berusia setahun didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Kok Doh, Jalan 17/42, Segambut, di sini, pada 10.10 malam, 13 Dis lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.


Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda kerana dia sedang hamil dua bulan manakala Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Mohd Ashif memohon hukuman berbentuk pengajaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori