Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

2 Lelaki & 12...

KUANTAN - Polis menahan dua lelaki tempatan dan 12 wanita warga Thailand yang...

2 Lelaki Dikhuatiri Lemas...

GUA MUSANG - Dua lelaki dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras selepas terjatuh...

Penyu Kudung Diselamatkan Di...

PORT DICKSON - Seekor penyu yang kudung kakinya diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat...

Thailand Tahan Pasangan Malaysia...

SONGKLA - Pihak berkuasa Thailand menahan sepasang suami isteri warga Malaysia hari ini...

Tanah Runtuh: 2 Orang Asli Maut, 2 Lagi Cedera

BERA – Dua Orang Asli maut termasuk kanak-kanak perempuan manakala dua lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan Hutan Matau Gelanggi 5 dan 6 dekat Jerantut malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata mangsa yang maut merupakan seorang wanita yang dikenali sebagai Ani, 27, dan anak saudaranya Mila, 9, manakala yang mengalami kecederaan pula dikenali Pati, 12, dan Ita, 12.

Azid berkata empat mangsa itu telah masuk ke kawasan hutan untuk mencari damar pada 8.30 pagi semalam dan pada 9.20 malam tadi Pati pulang ke rumah dalam keadaan cedera memaklumkan kepada penduduk kampung Orang Asli berhubung kejadian itu.

“Polis menerima laporan polis mengenai kejadian ini pada 3 pagi tadi daripada pengadu bernama Hassan a/l Bakar. Berdasarkan laporan ini lebih kurang 9.30 malam pengadu bersama orang kampung Asli telah masuk ke tempat kejadian untuk mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa.

“Hasil daripada pencarian tersebut mereka telah berjaya menjumpai Ita dalam keadaan cedera manakala Mila telah meninggal dunia. Jarak masa perjalanan dari rumah mangsa ini ke tempat kejadian lebih kurang 45 minit dengan berjalan kaki,” katanya kepada Bernama hari ini.

Azid berkata Ani dan Pati merupakan adik kepada Hassan manakala Mila adalah anak kepada Hassan manakala Ita pula anak kepada Ani.


Beliau berkata mayat Ani pula berjaya ditemui pasukan penyelamat pada 1.40 tengah hari tadi dalam sungai dengan tersangkut pada pokok kayu di tepi sungai.

Azid berkata 27 anggota penyelamat termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam memulakan gerakan mencari dan menyelamat mangsa pada 9 pagi tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori