• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Bas Sedia Tanggung Kos Pengurusan Mangsa

oleh
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Pengusaha syarikat bas ekspres yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 14 nyawa dan 16 cedera di Km 137.3, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara awal pagi tadi, bersedia menanggung kos pengurusan mangsa yang maut dan cedera.

Ketua Penyelia Syarikat Bas Goldstar (M) Sdn Bhd Wilayah Selatan, Steven Chong, 52, berkata pihaknya akan menguruskan semua perbelanjaan penghantaran semua mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu.

“Pihak kami akan urus dan selesaikan mangsa yang maut terlebih dahulu diikuti mangsa yang cedera termasuk insurans dan urusan penghantaran pulang jenazah.

“Kami juga sedia berikan apa jua kerjasama bagi membantu waris serta mangsa tragedi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini, hari ini.

Chong menjelaskan bas dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur itu sepatutnya berlepas dari Stesen Bas Larkin pada jam 12.30 tengah malam tadi, namun terpaksa ditangguhkan sehingga jam 1.30 pagi berikutan kesesakan lalu lintas.

Chong berkata sehingga kini, pihaknya sedang berusaha mengumpul maklumat lengkap semua mangsa terbabit untuk tindakan lanjut.

Mengenai pemandu bas terbabit, beliau berkata pemandu bas, Zakeer Zubir, 32, yang turut maut dalam nahas itu, baharu berkhidmat dengan syarikatnya lebih sebulan turut maut dalam insiden terbabit.

“Pihak kami baru dapat maklumat bahawa pemandu turut membawa bersama isteri dan anaknya dalam bas berkenaan. Anak perempuannya juga maut, manakala isterinya cedera,” katanya.

Dalam pada itu, Chong berkata ini merupakan kejadian kali pertama berlaku sepanjang kira-kira 30 tahun syarikat itu beroperasi.

Pada kejadian pagi tadi, sebuah bas ekspres terjunam ke dalam curam setinggi 10 meter sebelum merempuh benteng konkrit terowong di Kampung Jayor, berdekatan dengan kawasan rehat dan rawat Pagoh awal pagi tadi.

Selain 14 maut, seramai 16 lagi cedera termasuk enam warganegara Singapura dan dua warganegara Myanmar dalam kemalangan tersebut. – BERNAMA

Tags: Johorkemalangan mautNahas Bas Ekspres
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

5,000 Pelajar B40 Johor Terima Pek SIM Prabayar Percuma Hasil Keprihatinan Raja Permaisuri Agong

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Seramai 5,000 pelajar daripada keluarga B40 di Johor bakal menerima pek SIM prabayar YES 5G percuma hasil...

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

Sekolah Di Johor Dibuka Secara Berfasa Mulai Esok

25/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memutuskan pembukaan semula institusi pendidikan di negeri ini dilaksanakan secara berfasa mulai esok bagi memastikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd