• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stok Minyak Sawit Naik 5.18 Peratus

oleh AK-47
14/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Stok minyak sawit Malaysia pada November naik sebanyak 5.18 peratus kepada 1.66 juta tan metrik berbanding 1.57 juta tan metrik yang dicatatkan pada Oktober.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkata stok minyak sawit mentah (MSM) meningkat 6.56 peratus kepada 897,872 tan metrik pada November daripada 842,620 tan metrik pada Oktober.

Stok minyak sawit diproses naik sebanyak 3.6 peratus kepada 758,012 tan metrik pada November berbanding 731,494 tan metrik pada Oktober, kata MPOB.

Mengenai pengeluaran, MPOB berkata, pengeluaran MSM pada November susut kepada 1.57 juta tan metrik daripada 1.68 juta tan metrik pada Oktober.

Pengeluaran isirong sawit menyusut kepada 365,728 tan metrik pada November berbanding 400,125 tan metrik pada Oktober, katanya.

Mengenai eksport, MPOB berkata permintaan biodiesel pada November melonjak kepada 13,568 tan metrik daripada 77 tan metrik pada Oktober manakala minyak sawit berkurangan kepada 1.37 juta tan metrik berbanding 1.43 juta tan metrik pada Oktober.

Menurutnya, eksport minyak isirong sawit menyusut kepada 73,981 tan metrik pada November daripada 93,257 tan metrik pada Oktober.

Eksport dedak isirong sawit berkurangan kepada 196,582 tan metrik pada November daripada 219,417 tan metrik pada Oktober manakala oleo kimia susut kepada 218,143 tan metrik pada November daripada 236,657 tan metrik pada Oktober. – BERNAMA

Tags: minyakminyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Memang Malaysia Ada Minyak, Tapi Tak Cukup – Arul Kumar

Memang Malaysia Ada Minyak, Tapi Tak Cukup – Arul Kumar

19/04/2026
0

SEREMBAN – Malaysia sememangnya memiliki minyak, namun bekalan dalam negara masih belum mencukupi untuk memenuhi keseluruhan permintaan domestik. Naib Pengerusi...

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd