• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPAD Rekod 1,320 Kes Pelanggaran Undang-Undang

oleh Ahmad Albab
30/12/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merekodkan sebanyak 1,320 kes pelanggaran undang-undang melibatkan bas, teksi dan lori bagi wilayah selatan iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor dalam tempoh Januari tahun ini hingga semalam.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Paduka Che Hasni Che Ahmad berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1,040 kes pelanggaran undang-undang direkodkan dalam pemeriksaan di Johor, Melaka (258 kes) dan Negeri Sembilan (22 kes).

“Kesalahan melibatkan lori mencatatkan jumlah tertinggi di tiga negeri berkenaan dengan jumlah 781 kes, bas (310 kes) dan teksi (229 kes). Antara kesalahan yang direkodkan lori melibatkan keselamatan yang bukan sahaja boleh membahayakan pemandu dan kelindan tetapi juga pengguna jalan raya lain.

“Bagi bas pula didapati kesalahan tertinggi ialah gagal memperbaharui permit perjalanan dan dokumen pemeriksaan manakala kesalahan gagal menggunakan meter dan mengenakan caj yang tinggi dikesan dilakukan pemandu teksi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas operasi bersepadu sempena perayaan Krismas oleh Bahagian Penguatkuasa SPAD Wilayah Selatan di sini, malam tadi.

Operasi yang turut disertai Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan itu diketuai Ketua Penguatkuasa SPAD Wilayah Selatan Adli Azmi Ahmad.

Mengulas lanjut, Che Hasni berkata sebanyak 25 kesalahan membabitkan kereta sapu dan 21 kesalahan melibatkan kenderaan persendirian turut direkodkan di Johor sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memberi tumpuan terhadap pemeriksaan melibatkan kenderaan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa orang awam yang menggunakannya.

“Orang ramai yang ingin menyalurkan aduan berkaitan salah laku pemandu kenderaan perkhidmatan awam dan kenderaan barangan boleh menghubungi SPAD di talian hotline 1800-88-7723 atau menerusi khidmat pesanan ringkas ke 15888,” katanya.

Sementara itu, katanya sebanyak 20 pemeriksaan melibatkan bas ekspres dilakukan dalam operasi lebih tiga jam bermula 8.30 malam tadi namun tiada kesalahan direkodkan. – BERNAMA

Tags: SPADundang-undang
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jangan Sampai Biduk Ditumpangkan Mahu Menentukan Haluan Nakhoda – Sultan

Jangan Sampai Biduk Ditumpangkan Mahu Menentukan Haluan Nakhoda – Sultan

17/06/2026
0

LIPIS - Sifat belas ihsan dan perikemanusiaan yang diamalkan rakyat negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menggadaikan kedaulatan negara...

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

Pelarian Rohingya: Orang Boleh Bicara Hantar Pulang, Hantar Pulang Ke Mana? – PMX

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim menegaskan isu pelarian Rohingya perlu dilihat dari sudut kemanusiaan, namun pada masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd