• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Pakatan Harapan Mahu PAN Dibubarkan?

oleh AK-47
29/12/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS Selangor mendedahkan terdapat pemimpin Pakatan Harapan mahu Parti Amanah Negara (PAN) dibubarkan dan ahli-ahlinya diserapkan ke dalam parti-parti lain dalam Pakatan Harapan.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang mendedahkan perkara itu berkata, pemimpin Pakatan Harapan terbabit mahu PAN dibubarkan kerana melihat PAN sebuah parti politik yang mencelarukan.

Jelas beliau, PAN dilihat sebagai sebuah parti politik yang celaru kerana baru-baru ini terdapat pemimpinnya mahu PAN bertanding di kerusi-kerusi parti sekutunya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Rakyat sekarang menjadi semakin keliru apabila seorang lagi pemimpin tertinggi PAN membuat kenyataan balas iaitu PAN tidak akan bertanding di kerusi-kerusi PKR.

“Mungkin ia satu tindakan “damage control” tetapi terserlah kecelaruan yang wujud dalam kalangan kepimpinan tertinggi PAN. Oleh demikian, tidak hairanlah terdapat pemimpin Pakatan Harapan mahu PAN dibubarkan dan ahlinya diserapkan ke dalam parti-parti lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu pada tahun lalu kerana pro-DAP dan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAN kemudian menyertai Pakatan Harapan yang diketuai DAP kononnya bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam pakatan pembangkang.

PAS disingkirkan oleh PKR dan DAP kerana enggan tunduk dalam beberapa isu akidah Islam yang dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam ke atas pakatan pembangkang.

Bagaimanapun, PKR masih menjalinkan kerjasama dengan PAS Selangor untuk memastikan negeri itu terus ditadbir oleh PKR. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Datuk Iskandar Abdul Samadpakatan harapanPANPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ekonomi Johor Merosot Tangga Keenam Ketika Ditadbir PH, Onn Hafiz Pulihkan Ekonomi Johor

Ekonomi Johor Merosot Tangga Keenam Ketika Ditadbir PH, Onn Hafiz Pulihkan Ekonomi Johor

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata prestasi ekonomi Johor yang kembali mencatatkan pertumbuhan tertinggi...

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

“PH Nak Jadikan Johor Seperti Pulau Pinang dan Selangor Macam Pelik”

02/07/2026
0

BATU PAHAT – Dakwaan calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senggarang, Onn Abu Bakar konon Pakatan Harapan (PH) mampu membawa pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd