• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Diseru Zahir Bantahan Terhadap Penindasan Rohingya

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia diseru untuk terus memainkan peranan proaktif dalam menzahirkan bantahan terhadap penindasan dan kekejaman ke atas etnik Rohingya di Myanmar.

Duta Khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata langkah itu perlu sebagai usaha menggesa kerajaan Myanmar memberi hak kerakyatan kepada etnik Rohingya.

Selain itu, katanya, kerajaan Myanmar juga diminta mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan kebencian dan mencetuskan keganasan terhadap kumpulan etnik tersebut.

“Kita mahu Myanmar iktiraf etnik Rohingya…kumpulan ini mempunyai hak dan mereka pernah diangkat oleh presiden pertama Myanmar sebagai antara penduduk di negara itu.

“Malaysia berpegang kepada hak asasi kemanusiaan…kita tidak mahu timbul langsung soal diskriminasi terhadap mana-mana etnik atau pun bangsa sebab itu kita perlu teruskan perjuangan menentang kezaliman itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di perhimpunan ‘Peduli Ummah-Pray 4 Rohingya’ di Dataran Kemerdekaan Shah Alam di sini malam tadi yang turut dihadiri Naib Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Syed Hamid berkata rakyat Malaysia juga perlu bersama menperjuangkan hak masyarakat Rohingya itu supaya konflik kemanusiaan yang berlaku di Myanmar dapat diselesaikan segera.

“Kerajaan Myanmar dilihat memandang rendah kepada kaum minoriti di negara itu…tidak hairanlah mengapa mereka menafikan hak kerakyatan etnik Rohingya sehingga beratus ribu orang Rohingya meninggalkan Myanmar.

“Kita akan bagi keadilan…kita akan kumpul bukti untuk tunjuk kepada mahkamah antarabangsa berlakunya kes jenayah kemanusiaan membabitkan etnik Rohingya ini,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi menyifatkan penindasan etnik Rohingya di Myanmar sangat mendukacitakan umat Islam seluruh dunia.

“Manusia masyarakat Madani walaupun berbeza agama, mesti berhubung…apa yang berlaku di Myanmar adalah salah dan bertentangan dengan sifat kemanusiaan,” katanya yang mahu rakyat Malaysia bersatu hati menangani isu kemanusiaan di Myanmar itu.

Etnik Rohingya beragama Islam dilaporkan ditindas dan dizalimi sehingga mendorong ribuan penduduk berkenaan meninggalkan kampung halaman bagi mengelak daripada menjadi mangsa kekejaman yang didakwa turut melibatkan tentera Myanmar. – BERNAMA

Tags: rakyat MalaysiaRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd