Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Zamarul Ucap Anniversary Di...

PASANGAN pelakon, Zamarul dan Diana disatukan sebagai suami isteri pada Mei 2009 selepas...

8 Negeri Rekod Prestasi...

KUALA LUMPUR - Prestasi ekonomi bagi semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan (WP) mencatatkan...

Aktiviti Berkebun Harmonikan Kawasan...

LAMAN kawasan PPR atau Projek Perumahan Rakyat sememangnya tidak sepi daripada pelbagai masalah...

Ahmad Razif Akur Bertanding...

KUALA BERANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melahirkan...

Pulara Dapat Pengiktiran Antarabangsa

LUMUT – Kongres Penyair Sedunia mengiktiraf Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa Pangkor (Pulara) sebagai acara yang mesti dihadiri setiap tahun, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata sejak dianjurkan tujuh tahun lalu, jumlah peserta dan negara yang menyertai acara tahunan kerajaan negeri Perak itu terus menunjukkan peningkatan.

“Pada tahun-tahun lalu, kebiasaannya tujuh atau lapan negara sekitar ASEAN selain India dan China akan mengambil bahagian.

“Tapi kali ini amat mengejutkan kerana Pulara mendapat pengiktirafan apabila 120 peserta dari 20 negara mengambil bahagian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pulara ke-7 2016 serta Seminar Bahasa dan Persuratan Melayu Merentasi Zaman di Pulau Pangkor dekat sini hari ini.

Pulara ke-7 dengan tema ‘Puisi Mengharmoni’ berlangsung selama empat hari bermula semalam dan selain Malaysia ia turut disertai penggiat seni dan karyawan dari Indonesia, Jepun, Argentina, Turki dan Bangladesh.

Zambry berkata penganjuran Pulara merupakan serampang dua mata kerana selain dapat memartabatkan seni, bahasa dan budaya ia juga dapat menarik kehadiran pelancong ke pulau itu.


“Ada yang baru pertama kali datang ke sini, tetapi melihat keindahan pulau ini mereka telah berjanji nak bawa keluarga datang bercuti dan ini secara tidak langsung membawa masyarakat antarabangsa datang ke Perak,” katanya.

Beliau berkata kepesatan arus pembangunan menyebabkan masyarakat kini semakin meminggirkan soal jati diri termasuk kurangnya penguasaan terhadap Bahasa Melayu dan perkara berkaitan kebudayaan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Zambry berkata tema Pulara tahun ini akan dikekalkan untuk tempoh beberapa tahun lagi, dengan memberi fokus kepada isu-isu yang mendepani bahasa dan persuratan Melayu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori