• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Razif Akur Bertanding Di DUN Atau Parlimen

oleh AK-47
04/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman melahirkan kesediaannya untuk bertanding di peringkat Parlimen sekiranya diarahkan oleh pucuk kepimpinan parti UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke-14 nanti.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu berkata terpulang kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan dimana-mana sahaja beliau akan dicalonkan nanti asalkan UMNO dan BN memenangi pilihan raya nanti.

“Kita sebagai pemimpin yang setia dengan kepimpinan utama parti merasakan ia sesuatu yang tidak menjadi masalah. Sekarang semua itu terpulang kepada presiden parti menentukan sebagai pemimpin utama dimana kita akan akur dengan apa sahaja keputusan yang akan beliau ditentukan ..saya tidak ada masalah..semua saya serah atas kebijaksanaan beliau.

“Kalau betul saya ke parlimen saya akan bersedia, kalau ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong sekalipun pun saya bersedia,..dimana-mana DUN pun tidak mengapa..saya bersedia…yang penting sekarang kita ingin menang.​​​​​” katanya ketika mengulas mengenai desas-desus bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Kuala Nerus pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Projek Perumahan Nusa Idaman dan KP Square di Kampung Kuala Ping di sini, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Sdn Bhd, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Pengerusi SPNB Idaman Sdn. Bhd, Datuk Seri Ahmad Kabit.

Pada Pilihanraya Umum ke-13 UMNO Terengganu memenangi 17 kerusi DUN manakala 14 kerusi dimenangi PAS dan satu kerusi oleh PKR. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hormati Keputusan Jailani Letak Jawatan – Razif

20/05/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghormati pendirian Datuk Seri Jailani...

Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu Di Buka

08/05/2018
0

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu kini menyediakan satu lagi perkhidmatan penjagaan kesihatan menerusi penubuhan Pusat Rehabilitasi Sukan Terengganu yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd