• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamarul Ucap Anniversary Di Instagram Buat Diana

oleh AK-47
17/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASANGAN pelakon, Zamarul dan Diana disatukan sebagai suami isteri pada Mei 2009 selepas menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Kashfi Haiqal yang kini berusia enam tahun.

Bagaimanapun pasangan itu mengejutkan para peminatnya apabila mengakui sudah bercerai talak satu pada 14 Januari tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk rujuk semula.

Zamarul Muat Naik Ucapan Anniversary Di Instagram Buat Diana
Zamarul dan Diana.

Kini setelah kembali bersatu, pasangan ini telah menyambut hari anniversary mereka yang ke tujuh. Meskipun pernah mengalami detik hitam dalam rumah tangga, kini pasangan ini bahagia melayari bahtera mereka.

Bersempena dengan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 7, Zamarul menerusi akaun Instagramnya telah meluahkan rasa syukur di atas ujian yang diberi, malah menjadikan mereka lebih menghargai erti perkahwinan.

Zamarul Muat Naik Ucapan Anniversary Di Instagram Buat Diana

“Setiap ujian dan dugaan yang pernah kita lalui Insya-Allah menjadikan kita lebih matang dalam kita menghabiskan sisa-sisa kehidupan kita..

“Syukur Allah kerana ujian yang kau berikan pada kami menjadikan kami lebih menghargai dan mengenali erti perkahwinan… Luv u @dianarafar lepas ni kalau nak bergaduh cepat-cepat plaster mulut k..

“Biar masing-masing tak faham apa yang kita cakap… Tak puas hati tulis kat kertas aje… Hahahaha??????

#anniversary#sayangawakketaketat#life#myprincess#drglow#tambahbaby#lusayanggua#guasayanglu,” tulis Zamarul Hisham.

Selain Zamarul, peminat-peminat pasangan ini juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama menzahirkan rasa tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.

“Alhamdulillah semoga bahagia hingga ke Jannah kesilapan yang lepas buat la sebagai pengajaran Insya-Allah ianya akan kekal hingga ke akhir hayat…..,” tulis ibulatifah.

Manakala ini pula daripada anieycute, “Alhamdulillah syukur 7 tahun sudah berlalu….Epi anniversary bro @zamarulhisham93 n @dianarafar…semoga kalian sentiasa dilindungi n kekal till Jannah disamping insan-insan tersayang….”

Di kesempatan ini, Mynewshub juga ingin mendoakan semoga pasangan ini berkekalan sehingga jannah. Semoga perkara lalu menjadi iktibar untuk terus melayari bahtera dan dikurniakan cahaya mata baru. – MYNEWSHUB.CC

Tags: diana rafarZamarul Hisham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamarul, Diana Pilih Nama ‘Kayla Reysha’

23/08/2017
0

PASANGAN bahagia, Zamarul Hisham dan Diana Rafar memilih nama Kayla Reysha untuk anak kedua mereka. Bayi comel seberat 3.4 kilogram...

Diana Rafar ‘Dibahan’ Kerana Sound Suami Pasal Vape

07/09/2015
0

SEKARANG ini, boleh dikatakan menghisap rokok vapor menjadi kegilaan dan trend semasa di mana-mana. Salah seorang yang terjebak adalah pelakon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd