• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petugas Sudah Dipanggil, Adakah PRU Ke-14 Tahun 2017?

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADAKAH benar Pilihanraya Umum ke-14 akan diadakan tahun hadapan? Itu persoalan yang timbul apabila sekeping surat ‘tersebar’ melalui aplikasi WhatsApp baru-baru ini.

Jika sebelum ini, ramai yang meramalkan PRU ke-14 bakal diadakan awal tahun 2017 dan mungkin dengan kemunculan ‘surat’ ini dapat memberi bayangan atau ianya akan menjadi nyata kepada ramalan ramai pihak.

Dalam surat yang dipercayai dikeluarkan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Sabah itu jelas menunjukkan maklumat mengenai tarikh taklimat petugas PRU ke 14 bagi peringkat parlimen Kalabakan, Sabah.

Petugas Sudah Dipanggil, Adakah PRU Ke-14 Tahun 2017?

Difahamkan, agihan surat tersebut adalah sebagai persediaan dan pengurusan pentadbiran pilihan raya bagi kawasan parlimen untuk disertai oleh petugas yang terdiri daripada kalangan guru dan kakitangan sekolah.

Taklimat tersebut bermula 20 Januari hingga 16 Mac tahun hadapan yang membabitkan taklimat undian awal, undi pos dan petugas-petugas pilihan raya terlibat.

Ia juga membabitkan petugas yang terlibat di bahagian Dewan Undangan Negeri iaitu di Tanjung Batu, Sebatik, Kukusan dan Merotai.

Surat yang menggunakan nama pegawai dari PPD Tawau ini dipercayai diagihkan di semua sekolah di Sabah bagi memudahkan penyusunan takwim di peringkat sekolah bagi memudahkan guru dan petugas PRU yang dilantik dapat menghadiri taklimat yang dirancang.

Perkongsian surat tersebut memberi bayangan jelas bahawa PRU ke-14 bakal diadakan tahun hadapan.

Difahamkan, PRU ke-14 bakal diadakan selepas Sukan SEA ke-29 dimana Malaysia menjadi tuan rumah kepada temasya sukan tersebut.

Pilihan Raya umum ke-14 (PRU14) yang sepatutnya berlangsung pada tahun 2018 akan diadakan seawal tahun hadapan.

Walaubagaimanapun sehingga kini, masih tiada sebarang kepastian sama ada PRU ke-14 akan diadakan lebih awal ataupun tidak. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Pilihan RayaPRU14SPR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Tidak Berdosa Pilih Kerajaan Yang Lebih Baik Melalui Pilihan Raya, Kritik Pemerintah Bukan Khawarij – Nik Bahrum

Tidak Berdosa Pilih Kerajaan Yang Lebih Baik Melalui Pilihan Raya, Kritik Pemerintah Bukan Khawarij – Nik Bahrum

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Nik Bahrum Nik Abdullah tidak bersetuju terhadap pandangan bahawa usaha menjatuhkan...

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

SPR Tubuh 28 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Kempen PRN Melaka

31/10/2026
0

MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan 28 Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau semua aktiviti calon yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd